Nikah di Thailand 2024
* NIKAH SAH & DIIKTIRAF DI MALAYSIA
* DOKUMEN LENGKAP UNTUK DAFTAR
* TETAPKAN TARIKH SENDIRI
* TIADA DEPOSIT
* KAMI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
Hubungi 010-365 8513 SEKARANG!!
* NIKAH SAH & DIIKTIRAF DI MALAYSIA
* DOKUMEN LENGKAP UNTUK DAFTAR
* TETAPKAN TARIKH SENDIRI
* TIADA DEPOSIT
* KAMI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
Hubungi 010-365 8513 SEKARANG!!
Proses nikah di Thailand sekarang memerlukan 3 hari bekerja akibat perubahan proses Konsulat Malaysia di Songkhla
Semua perjalanan yang diperlukan pada hari pertama dan ketiga akan kami sediakan.
Hari Pertama
Hari kedua
Bebas.
Atau kami bawa melancong ke Hatyai dan Songkhla: air terjun 7 tingkat, pantai Songkhla dengan ikan duyung, pasar terapung dan lain-lain
Hari ketiga
RM1900 untuk berdua termasuk hotel 2 malam atau
RM1700 untuk berdua tak termasuk hotel, atau untuk nikah, hantar dokumen ke konsulat, balik ke Malaysia dan datang semula kemudian untuk ambil dokumen daripada Konsulat
Kalau nak proses daftar nikah di Malaysia yang mudah, kami boleh bantu. Hubungi 0103658513
Tetapkan tarikh sendiri. Tiada had bilangan pasangan yang boleh kami bawa ke sana dalam sehari.
Kami telah diberi kepercayaan oleh Majlis Agama Islam Songkhla dan Satun melalui surat perlantikan.
Kami beroperasi sejak 2010, lebih awal dari agen-agen lain. Dengan pengalaman yang lama dan menyeluruh, kami dapat menyelesaikan segala masalah berkaitan nikah dan cerai di Thailand.
Semua kenderaan kami berada di Wilayah Songkhla, dan semua petugas kami beragama Islam dan menetap di Wilayah Songkhla. Kami sentiasa bersedia dengan kenderaan dan petugas yang mencukupi untuk memastikan urusan anda berjalan lancar, walaupun berlaku kerosakan atau kemalangan.
Disebabkan petugas kami menetap di Thailand, faham adat resam dan bahasa Thai, urusan dengan Pejabat Agama dan Konsulat menjadi lebih mudah. Kebanyakan kakitangan Pejabat Agama dan Konsulat adalah warga Thai, menjadikan proses lebih cepat dan efisien.
Ada 8 dokumen penting yang akan dibawa balik, seperti di bawah. Selain itu, kami juga akan ambil gambar masa nikah dan rakamkan video akad nikah.
Prosedur nikah di Thailand atau kahwin lari harus mengambil kira keperluan untuk mendaftarkan perkahwinan itu bila kembali ke Malaysia selepas nikah di Thailand di tempat yang diiktiraf.
Oleh itu, nikah di Siam bukan setakat akad dan pengeluaran sijil, tetapi juga melibatkan pengesahan sijil oleh Majlis Agama Islam di Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi Selatan Thai. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thai ini diperlukan untuk pendaftaran perkahwinan nanti. Biasanya, pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong akan balik ke Malaysia tanpa surat Konsulat ini.
Ada cuma satu Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thailand bagi rakyat Malaysia yang nikah di Siam.
Jadi, mengapa nikah di Narathiwat atau Betong yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini?
Tempat terbaik untuk nikah di Thailand ialah di Songkhla dimana semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima dalam masa yang singkat. Tak perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk surat pengesahan dari Pejabat Agama. Cuma perlu semalaman untuk surat Konsulat. Tak perlu bayar harga yang tinggi. Dan kami boleh uruskan semuanya.
Lagi pun, Songkhla adalah selamat. Tak ada rusuhan.
Pasangan yang menaiki bas boleh beli tiket ke Hat Yai untuk sampai ke imigresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam sebelum pukul 6 pagi waktu Malaysia
Apabila sempadan buka, pergi serahkan pasport masing-masing kepada pegawai imigresen di pondok imigresen. Ikut saja penumpang bas yang lain sebab semua penumpang perlu serahkan pasport kepada pegawai imigresen untuk mereka semak dan scan atau cop.
Seterusnya, bas akan bawa ke imigresen Thailand. Turun dengan semua beg, pergi ke kauter di luar baginan imigresen untuk ambil borang, isi borang itu, kemudian beratur dalam bangunan imigresen Thailand untuk cop pasport.
Selepas cop pasport, keluar di sebelah Thailand dan pergi ke Oscar Palace Hotel di seberang jalan. Berikut adalah gambar Oscar Palace Hotel dipandang dari luar imigresen Thailand:
Kereta kami akan menunggu di situ.
Dari sana, pasangan akan dibawa untuk kahwin di Thailand, di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla yang diiktiraf oleh JAKIM.
Pernikahan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Tapi, kalau ada pasangan lain, perlu menanti giliran. Selesai akad, sijil dikeluarkan. Majlis Agama Islam Songkhla juga mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.
Sebagai langkah mencegah sindiket palsu, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tidak lagi membenarkan rakyat Malaysia berkahwin dimana-mana tempat selain Pejabat Majlis Agama Islam di Khlong Hae, yang terletak di antara Hat Yai dan Songkhla..
Setelah mendapat pengesahan dari majlis Agama di Songkhla, pasangan akan dibawa ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia pula. Perjalanan dari Majlis Agama Songkhla mengambil masa setengah jam. Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan pada petang hari ketiga
Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, tidak di Yala atau Narathiwat, dan tak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk mengambilnya. Surat ini mesti disertakan masa permohonan pendaftaran di Malaysia nanti.
Pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong lazimnya tidak akan dibawa oleh agen ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat. Tanpa surat pengesahan Konsulat, pasangan boleh didakwa di mahkamah syariah bila balik nanti, selain susah untuk mendaftarkan pernikahan itu di Malaysia.
Segala prosedur nikah di Thailand di MAIS insya Allah akan selesai selewatnya tengah hari. Ada masanya, proses di MAIS lewat sedikit disebabkan terlalu ramai pasangan yang datang pada hari yang sama atau masalah lain di MAIS. Keadaan ini jarang berlaku, tapi kalau terjadi, pasangan perlu bersedia untuk berada di sana sehari lagi dengan sedikit kos tambahan, atau datang semua kemudian nanti untuk mendapatkan surat Konsulat. Tapi, biasanya urusan di MAIS dan Konsulat boleh selesai lebih kurang tengah hari. Selepas itu, pasangan bebas untuk membeli-belah, bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai, atau berehat di hotel.
Pada hari berikutnya, kami akan jemput dari hotel untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat dan seterusnya kembali ke Bukit Kayu Hitam.
Ada agen yang membawa orang Siam ke Malaysia untuk menjadi jurunikah kepada pasangan Malaysia yang ingin nikah di sempadan (dalam kawasan Malaysia).
Sila maklum bahawa pernikahan itu tidak sah, sebab wali/jurunikah itu tidak bertauliah di Malaysia (dan besar kemungkinan tidak bertauliah juga di Thailand), walau pun mereka mengeluarkan surat nikah Thailand. Jurunikah atau wali hakim perlu dilantik oleh kerajaan di mana pernikahan itu berlangsung.
Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga RM200 untuk tempoh 5 tahun.
Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk Perlis, Kedah, Kelantan dan tiga daerah di Utara Perak. Penduduk lain di Perak dan penduduk negeri-negeri lain perlukan pasport antarabangsa.
Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini.
Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.
Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Majlis Agama Islam di Thailand tidak akan menikahkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.
Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.
Warga asing pemegang permit kerja di Malaysia tak layak mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, tapi boleh nikah di Thailand. Kalau boleh, tunggu sampai permit kerja dah tamat tempoh dan warga asing berkenaan menggunakan visa pelawat sahaja.
Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu. Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah selepas nkah di Thailand bagi polis dan tentera.
Semak dari Kedutaan Siam, tak kira di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.
Jawapan: Rakyat Malaysia perlu bawa pasport dan IC. Kalau warga asing, bawa pasport. Kalau pernah bercerai, bawa surat cerai yang asal. Kalau kematian suami/isteri, bawa surat kematian suami/isteri yang asal. Kalau mualaf, bawa sijil mualaf yang asal.
Rakyat Indonesia perlu bawa surat keterangan status nikah mereka dari Kelurahan/Kepala Desa tempat tinggal mereka di Indonesia yang dicop oleh Kepala Desa dan Camat. Surat ini hendaklah baru dikeluarkan, kurang dari 3 bulan dari tariikh nikah di Thailand.
Jawapan:
Tak perlu. Tapi, sijil itu akan diperlukan untuk mendaftar di Malaysia selepas nikah di Thailand.
Jawapan:
Dua hari bekerja, antara Isnin dan Jumaat, diperlukan di sana untuk balik dengan dokumen lengkap, termasuk surat pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla. Kalau tak boleh bermalam atau tak boleh pergi pada hari bekerja, hubungi kami, tel 0103658513
Jawapan:
Tak boleh. Nikah akan jadi tak sah. Wali hakim dilantik cuma untuk Wilayah atau Negeri di mana dia dilantik. Kalau dia keluar dari kawasan dia, dia hilang kuasa sebagai wali hakim.
Jawapan:
Anak boleh dibinkan kepada bakal suami kalau anak itu lahir lebih dari 6 bulan selepas nikah. Kalau anak itu lahir lebih awal, tak boleh bin kepada bakal suami. Jadi, kalau hamil, nikahlah seberapa segera yang boleh.
Jawapan: Konsulat Malaysia di Songkhla adalah wakil kerajaan Malaysia di Selatan Thailand. Setiap dokumen dari Selatan Thailand, termasuk surat nikah dari mana-mana Pejabat Agama di Selatan Thailand, tak diiktiraf di Malaysia kecuali telah disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla.
Kalau surat nikah tak diiktiraf, sama macam tak ada surat nikah. Tak boleh dafar nikah di Malaysia dan pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat.
Jawapan: Kalau jarak wali dari Majlis Agama Islam Songkhla lebih dari dua marhalah (96km), tak perlu bawa wali. Kalau jarak wali dari Majlis Agama Islam Songkhla kurang dari 2 marhalah, dan tak nak melibatkan wali, kami boleh bawa ke Maajlis Agama Islam Pattani atau Yala untuk cukupkan jarak
Ada negeri, seperti Terengganu, yang memerlukan dua orang saksi nikah hadir masa perbicaraan pengesahan nikah setelah balik ke Malaysia nanti. Tanya Pejabat Agama di tempat mastautin samada saksi akan diperlukan oleh Mahkamah Syariah masa perbicaraan pengesahan nikah nanti.
Jawapan:
Majlis Agama Islam Songkhla tak tetapkan nilai maskahwin. Berapa pun boleh. Berpakatlah berdua.
Jawapan: Warga asing pemegang permit kerja tak dibenarkan berkahwin dengan rakyat Malaysia. Kalau mereka didapati berkahwin dengan rakyat Malaysia, mereka akan dihantar balik ke negara asal dengan segera.
Untuk nikah segera, mereka perlu tamatkan permit kerja, balik ke negara asal dan pergi ke Thailand untuk nikah, sebab mereka tak boleh masuk ke Malaysia selama 6 bulan.
Hubungi 010-365 8513 untuk maklumat lanjut.
Berikut ialah sedikit maklumat tentang saya:
Memang banyak sindiket nikah palsu di sempadan sana. Eloklah berhati-hati dalam memilih agen.
Rakan saya En Salleh adalah rakyat Thai yang menetap di Danok, Songkhla bersama isterinya, seorang wanita dari Alor Setar. Merekalah yang mengendalikan semua urusan nikah di Thailand. Songkhla adalah tempat mereka. Kalau timbul apa-apa masalah di sana (contoh: kereta rosak), insya Allah dia boleh menyelesaikannya dengan mudah berbanding agen dari Malaysia. Saudara-mara dan rakan2 mereka ramai di sana. Mudah bagi mereka untuk mendapatkan bantuan.
Sebelum memilih agen untuk nikah di Thailand, kajilah dulu semua fakta secara keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut, isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan yang tepat.