Soalan lazim atau soal-jawab berikut dikumpulkan dari pertanyaan-pertanyaan yang telah kami terima sejak kami mula menjalankan khidmat nikah/cerai di Thailand.
Bawa pasport dan kad pengenalan. Bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal, jika janda atau balu. Bawa sijil mualaf, jika berkenaan
Dokumen dari Pejabat Agama adalah surat nikah, surat pengesahan nikah, surat tauliah jurunikah dan gambar bersama jurunikah dan saksi. Dokumen dari Konsulat Malaysia adalah surat pengesahan nikah dan resit bayaran. Konsulat juga akan cop salinan IC dan pasport berdua. Kesemua dokumen ini diperlukan untuk pendaftaran di Malaysia, atau kalau disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat di Malaysia nanti.
Proses pendaftaran di Malaysia memerlukan setiap pasangan untuk menjalani perbicaraan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah sebelum boleh mendaftar. Tak ada cara untuk mendaftar di Malaysia tanpa menghadiri perbicaraan ini. Elakkan sindiket yang kononnya boleh mendaftarkan nikah anda tanpa melalui perbicaraan! Mereka hanya akan memberikan surat nikah Malaysia yang palsu!
Sah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002. Pejabat Agama hendaklah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Perempuan: 16 tahun
Lelaki: 17 tahun
Namun begitu, untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla supaya surat nikah diiktiraf di Malaysia, kudua-duanya perlu berusia lebih dari 18 tahun.
Kalau tak ada pengesahan Konsulat, pasangan boleh didakwa di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat.
Sekurang-kurangnya 18 tahun
Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Hat Yai atau Pejabat Majlis Agama Islam Satun, atau Pejabat Majlis Agama Islam Yala di Sateng, atau Pejabat Majlis Agama Islam Pattani. Empat pejabat ini adalah diantara 6 pejabat agama di Thailand yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, selain Narathiwat dan Bangkok.
Ini bukan sindiket palsu. Pernikahan berlangsung di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla oleh jurunikah bertauliah yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam setiap negeri di Malaysia. Rakyat Selatan Thailand beragama Islam pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama.
Selain surat nikah, pasangan akan menerima surat pengesahan nikah dari MAIS dan akan dibawa ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah pengesahan dari wakil Kerajaan Malaysia di Siam. Kalau tak ada surat ini, pernikahan di Selatan Siam tak boleh didaftarkan di Malaysia.
Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama dan tidak akan menghantar anda ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan.
Dan sindiket palsu tidak akan memaparkan alamat mereka dalam blog atau laman web mereka.
Kalau wali berada lebih dari dua marhalah (96km) dari Pejabat Agama tempat nikah, tak perlu bawa wali sebab Pejabat Agama t5empat nikah boleh lantik wali hakim.
Lafaz pengantin perempuan menerima wali hakim yang dilantik oleh Pejabat Agama adalah:
Saya izinkan (tuan naib kadi syarie) untuk kahwinkan saya dengan (nama suami) dengan maskahwin berjumlah (xxx) tunai.
Bercerai masa suci: Suci 1 → haid → suci 2 → haid → suci 3 → haid → boleh nikah
Bercerai masa haid: haid → Suci 1 → haid → suci 2 → haid → suci 3 → haid → boleh nikah
Tapi, Majlis Agama Islam di Thailand menggunakan 3 bulan 10 hari sebagai tempoh iddah, bukan kiraan di atas.
Warga asing pemegang permit kerja perlu tamatkan permit kerja dulu dan balik ke negara sendiri. Dari sana, dia boleh mohon visa pelancong untuk masuk ke Thailand untuk nikah. Dia perlu terbang terus ke Thailand, bukan melalui Malaysia.
Bila-bila pun boleh. Bagi kami notis dalam sehari pun dah cukup. Tapi, Konsulat Malaysia ditutup pada hari Sabtu dan Ahad, dan pada hari Cuti Am. Lihat Senarai Cuti Konsulat Malaysia di Songkhla
Pejabat Agama Songkhla ditutup setiap Jumaat. Semua Pejabat Agama lain di Selatan Thailand ditutup setiap Jumaat dan Sabtu.
Hubungi saya kalau cuma boleh pergi nikah di hujung minggu atau pada hari cuti am. Kita bincangkan pilihan yang ada.
Dua hari bekerja. Surat nikah akan didapati selepas nikah. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia memerlukan dua hari bekerja - mohon pagi ini, dapat petang esok. Sila hubungi kami kalau tak boleh pergi ke sana selama dua hari bekerja.
Tak boleh. Pegawai Agama Thailand yang bertauliah semuanya telah dilarang untuk melakukan pernikahan yang melibatkan warga asing (bukan rakyat Thailand) kecuali di Pejabat Agama masing-masing di Thailand.
Hanya sindiket nikah palsu saja yang membawa orang Thailand, yang tak bertauliah sebagai jurunikah, untuk menikahkan pasangan di Malaysia. Biasanya mereka menuliskan nama jurunikah bertauliah dalam surat nikah, dengan tujuan menipu.
Kalau mereka bertindak sebagai wali hakim, maka pernikahan itu adalah tidak sah. Hadith Nabi menjelaskan bahawa cuma pemerintah atau pihak berkuasa di tempat nikah saja yang boleh melantik wali hakim. Maksudnya, perlantikan wali hakim hanya boleh dibuat oleh Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah di tempat nikah. Kalau nikah di Malaysia, pihak berkuasa di Malaysia saja yang boleh lantik. Kalau nikah di Thailand, pihak berkuasa di Thailand saja yang boleh lantik. Agen tak boleh lantik. Sindiket pun tak boleh lantik. Tak sah nikah kalau mereka lantik.
Tak perlu. Tapi, sijil itu akan diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia nanti.
Tak boleh. Tidak ada Pejabat Agama dalam dunia ni yang akan backdate surat nikah. Yang akan buat begitu cuma sindiket. Tapi, surat yang dikeluarkan oleh sindiket tidak akan mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, dan, oleh yang demikian, tidak diiktiraf di Malaysia.
Tidak. Surat nikah cuma dikeluarkan oleh Pejabat Agama tempat nikah. Kalau nikah di Songkhla, cuma dapat surat nikah dari Songkhla.
Berhati-hati dengan agen yang menjanjikan surat nikah dari Malaysia. Mereka bekerjasama dengan sindiket. Yang akan mereka berikan cuma surat nikah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh salah satu Pejabat Agama di Malaysia. Tapi, sebenarnya, surat nikah itu tidak berdaftar di mana-mana Pejabat Agama di Malaysia.
Insya Allah boleh.
Tak boleh. Walaupun telah berpisah selama 5 tahun, Puan masih lagi isteri dia. Pergilah ke Pejabat Agama berhampiran untuk memohon cerai taklik.