Poligami dibenarkan dalam Islam bagi lelaki yang yakin mereka mampu berlaku adil dan mampu memberikan nafkah secukupnya kepada setiap isteri dan anak mereka. Surah An Nisaa ayat 3 memberi kebenaran untuk kahwin lagi dengan isteri kedua, ketiga atau keempat: maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan: dua, tiga atau empat.
Tetapi ayat yang sama juga menyebut, yang bermaksud, Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka seorang sahaja.
Syarat ini dijelaskan lagi dalam ayat 129 surah yang sama, yang bermaksud:
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh; oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung; dan jika kamu memperbaiki, dan memelihara diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ayat ini menjelaskan bahawa seorang suami perlu berusaha untuk bersikap adil terhadap semua isteri-isterinya. Kalau tak mampu berlaku adil, janganlah berpoligami. Susah nak jawab di akhirat nanti.
Tidak adil dalam agihan masa. Tidak memberi nafkah. Tinggalkan isteri berbulan-bulan. Inilah aduan utama dari isteri kedua yang diabaikan.
Kepada kaum lelaki yang ingin berpoligami, fikir baik-baik tentang kemampuan untuk bersikap adil, terutamanya terhadap isteri kedua, supaya tidak disoal di akhirat nanti.