Nikah di Thailand dari RM2,000. Wali hakim untuk anak luar nikah disediakan oleh Pejabat Agama di Selatan Thailand
Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Hamil luar nikah? Nikah segera supaya anak boleh dibin kepada ayahnya Mari kami bawa ke Pejabat Agama di Thailand

Takrif Anak Luar Nikah atau Anak Tak Sah Taraf

Anak luar nikah, atau anak tak sah taraf atau anak haram, adalah gelaran bagi anak yang dilahirkan dalam keadaan berikut:

  1. Bayi yang dilahirkan tanpa ibu-bapanya berkahwin, sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui persenyawaan cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syarak.
  2. Bayi yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan selepas berkahwin dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat.
  3. Bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa bayi tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Status Anak Tak Sah Taraf

Anak tak sah taraf adalah sama taraf dengan anak sah taraf, dalam semua perkara. Dari Quran: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu" (Al Hujuraat 18:13). Hadith pula menyatakan: "Tiada kelebihan seseorang terhadap yang lainnya melainkan dengan taqwa kepada Allah". (Riwayat Abu Bakar Albazzar). Jangan pandang rendah terhadap anak tak sah taraf. Mungkin mereka lebih taqwa dari kita

 

Wali Hakim untuk Anak Luar Nikah

Anak luar nikah (perempuan) tak boleh berwalikan ayah kandungnya atau mana-mana ahli keluarganya. Anak luar nikah perlu berwalikan wali hakim yang dilantik oleh Pejabat Agama di tempat nikah.

Kalau di Malaysia, wali hakim untuk anak tak sah taraf dilantik oleh Pejabat Agama di tempat nkah setelah mendapat kebenaran dari mahkamah syariah. Untuk tujuan ini, pengantin perempuan perlu memfaikaan kes di mahkamah syariah, pergi ke perbicaraan, dapat surat perintah mahkamah, baru pergi ke Pejabat Agama supaya wali hakim dapat dilantik.

Kalau di Thailand, tak perlu pergi ke mahkamah. Pejabat Agama akan terus lantik wali hakim.

Pandangan Serong Masyarakat

Sesetengah orang melemparkan berbagai hukum terhadap anak luar nikah. Kononnya mereka jijik dan tak boleh disentuh, dan tak sesuai dikahwini. Ada pula yang berkata, anak tak sah taraf yang lelaki tak boleh menjadi imam dan tak boleh mewalikan anaknya sendiri. Paling teruk, ada yang menghukum bahawa anak tak sah taraf tak akan masuk syurga: satu tuduhan yang ternyata palsu (dan membahayakan orang yang menuduh, sebab soal siapa masuk syurga hanya Tuhan sahaja yang berhak menentukan). Macam-macam cemuhan dilemparkan terhadap anak tak sah taraf. Rendah betul taraf mereka di mata sebahagian masyarakat. Panggilan anak haram pun seolah-olah menjadikan mereka bersalah, sedangkan yang bersalah melakukan hubungan haram adalah ibu-bapa mereka

Semua ini perlu dihentikan! Jangan hukum anak tak sah taraf yang tak berdosa!

Yang bersalah adalah ibu bapa mereka (dalam kes rogol, cuma bapa kandung mereka yang bersalah). Mereka tak boleh dipersalahkan atas kesalahan ibu bapa mereka, sesuai dengan ayat Quran yang bermaksud

"Dan seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dosanya) memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari saudara terdekat". (Faathir 35:18)

Hentikan memandang rendah terhadap mereka yang tak bersalah ini!

Penamaan Bayi Luar Nikah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah memutuskan bahawa anak tak sah taraf sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

Tambahan (hendaklah dibaca bersama Takrif Anak Tak Sah Taraf #3 di atas): Bayi yang dilahirkan lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh pasangan itu diakadnikahkan ialah anak sah taraf, sekiranya bukan hasil senggama sebelum nikah. (Tarikh Keputusan: 2 Jan, 2001)

Perbuatan ibu bapa yang berkahwin, kemudian back date tarikh perkahwinan dalam surat nikah (melalui sindiket perkahwinan haram), semata-mata untuk bin atau bintikan anak zina kepada nama ayahnya, adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Perkahwinan Anak Luar Nikah

Perempuan yang dilahirkan tak sah taraf tak boleh berwalikan ayah kandungnya apabila dia berkahwin. Dia perlu dinikahkan oleh wali hakim.

Dia perlu pergi ke mahkamah syariah untuk membuat permohonan untuk mendapatkan wali hakim untuk menikahkannya. Kemudian, kes akan didengar di mahkamah syariah, dan bila hakim berpuas hati dengan status perempuan itu sebagai tak sah taraf, maka hakim akan mengeluarkan surat kebenaran berkahwin menggunakan wali hakim.

Surat itu perlu dibawa ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan melantik wali hakim supaya pernikahan boleh berlangsung.

Untuk menutup malu perempuan itu dan juga keluarganya, permohonan boleh dibuat di mahkamah agar perbicaraan dijalankan dalam kamar hakim dan pernikahan juga berlangsung di pejabat agama tanpa kehadiran sesiapa kecuali yang wajib hadir.

Cara di atas dapat merahsiakan fakta perkahwinan itu dari masyarakat setempat. Namun begitu, ada kalanya keluarga pengantin lelaki tak dapat menerima pernikahan dengan wanita tak sah taraf. Untuk menyelesaikan masalah ini, ada eloknya kalau pejabat agama bersetuju untuk menikahkan pasangan itu sekali lagi, berwalikan ayah pengantin perempuan, di khalayak ramai. Pernikahan ini tidak sah, tapi tak mengapa sebab pernikahan yang pertama (secara sulit) adalah sah.

Kerjasama pejabat agama amat diperlukan dalam pernikahan gadis tak sah taraf.

Soal-Jawab Anak Tak Sah Taraf

Berikut adalah diantara soalan yang telah kami terima berkaitan anak luar nikah, serta jawapan kami:

  1. Menurut fatwa: "Bayi yang dilahirkan lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh pasangan itu diakadnikahkan ialah anak sah taraf ". (Tarikh Keputusan: 2 Jan, 2001) Sila jelaskan maksud qamariah.

    JAWAPAN: Qamariah adalah kiraan berpandukan kalendar bulan, atau lunar calendar. Contohnya, dari 1 Ramadan ke 1 Syawal dianggap 1 bulan qamariah. Enam bulan qamariah bermaksud tempoh genap 6 bulan (termasuk hari dan waktu) mengikut kalendar Islam. Bayi itu adalah sah taraf, dengan syarat dia bukan hasil persetubuhan sebelum berkahwin.

  2. Bakal isteri saya hamil 8 minggu. Adakah anak itu sah jika saya berkahwin secepat mungkin dengan bakal isteri saya? Apa hukum nya berkahwin dengan perempuan yang hamil 8 minggu? Bolehkah bayi itu nanti di BIN atau BINTI kepada saya?

    JAWAPAN: Hukum berkahwin dengannya adalah harus, dan tak perlu kahwin semula setelah bersalin nanti. Kita sudah maklum bahawa bayi itu telah terbentuk sebelum berkahwin. Maka dia bukanlah bayi sah taraf. Namun begitu, dia boleh dibinkan kepada saudara kalau dia lahir lebih dari 6 bulan qamariah selepas nikah.

  3. Bagaimana status pergaulan/perbatasan di antara ibu dan anak tak sah tarafnya yang lelaki dan bagaimana pula pergaulan di antara dia dengan adik2 perempuannya. Boleh kah dia menjadi wali kepada adik2 perempuannya?

    JAWAPAN: Tidak ada halangan dalam pergaulan ibu dengan anak yang dilahirkannya, walau pun lahir tak sah taraf. Dan tidak ada halangan dalam hubungannya dengan adik-adik seibu dengannya. Namun begitu, dia tak boleh mewalikan adik-adiknya sebab dia tidak dianggap sebapa dengan mereka.

  4. Saya kahwin ketika hamil, benih lelaki tersebut. Tetapi ada yang mengatakan perkahwinan itu tidak sah dan ada yang mengatakan perkahwinan itu sah. Mana satu yang betul?? Sah atau tidak sah?? Jika saya melahirkan anak nombor dua adakah dia juga kena menggunakan wali hakim??

    JAWAPAN: Perkahwinan itu adalah sah. Anak seterusnya tak perlu menggunakan wali hakim. Ayah mereka boleh mewalikan mereka.

  5. Sedang saya mengandung, saya berkahwin dengan lelaki yang bukan ayah kepada bayi yang saya kandung. Bolehkan anak ini dibinkan kepada suami saya?

    JAWAPAN: JPN membenarkan bayi Puan dibin/binti kepada suami Puan dengan syarat bayi itu lahir lebih dari 6 bulan qamariah selepas kahwin. Tetapi, suami Puan tak boleh menjadi wali kepadanya.

  6. Saya kini sedang mengandung luar nikah selama 15 minggu. Saya dan teman lelaki merancang untuk segera berkahwin. Tetapi bolehkah sijil perkahwinan kami nanti tarikh pernikahan di back date supaya bayi saya nanti dapat didaftarkan bin/binti kepada bakal suami saya?

    JAWAPAN: Tak ada Pejabat Agama yang akan backdate sijil perkahwinan. Perbuatan itu salah. Bayi itu masih boleh dibinkan kepada ayahnya kalau lahir lebih dari enam bulan qamariah selepas tarikh kahwin.

  7. Adakah benar bahawa anak tak sah taraf tidak boleh mengerjakan haji kerana tanah suci tak menerimanya?

    JAWAPAN: Tak benar sama sekali.

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan anak tak sah taraf atau nikah waktu hamil, isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!