Ringkasan proses daftar nikah Thailand di Malaysia
Setelah nikah di Thailand dan balik ke Malaysia dengan dokumen nikah yang lengkap, nikah itu perlu didaftarkan di Malaysia supaya tak timbul masalah kemudian nanti. Contohnya, kalau tak berdaftar, susah nak berurusan dengan Pejabat Agama di Malaysia berkaitan kes yang melibatkan rumahtangga atau harta pusaka. Kalau ada anak, akan ada masalah untuk anak mendaftar ke sekolah dan buat kad pengenalan.
- Bergantung kepada negeri, tempat pertama yang perlu dituju adalah Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah di tempat mastautin.
- Dokumen yang diperlukan berbeza dari negeri ke negeri. Sebagai contoh, dokumen yang diperlukan di Selangor ada di sini
- Masa yang diperlukan untuk proses pendaftaran nikah di Thailand biasanya berbulan-bulan dan ada yang melebihi setahun
- Suami dan isteri akan menghadiri perbicaraan pegesahan nikah di mahkamah syariah di tempat mastautin. Dalam kes poligami, isteri pertama akan dipanggil ke mahkamah. Di sesetengah negeri, wali pengantin perempuan akan diminta hadir di mahkamah.
- Hukuman denda atau penjara boleh dikenakan. Nilai denda berbeza dari negeri ke negeri.
Dokumen nikah yang lengkap dari Thailand
Pasangan yang mendaftar nikah Thailand di Malaysia perlu mempunyai dokumen lengkap dari Pejabat Agama dan Konsulat Malaysia di Thailand. Senarai dokumen itu adalah seperti berikut:
- surat nikah (pejabat agama)
- surat pengesahan nikah (pejabat agama)
- surat tauliah jurunikah (pejabat agama)
- gambar pasangan Bersama jurunikah dan saksi (pejabat agama)
- salinan passport berdua
- Bagi pasangan di mana salah seorang atau kedua-duanya sekali masuk ke Thailand tanpa pasport atau pas sempadan, ikut prosedur berikut sebelum pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla:
- Buat surat sumpah yang menceritakan perjalanan pergi-balik ke tempat nikah dari Malaysia. Tandatangan surat itu depan Pesuruhjaya Sumpah
- Dapatkan cop dari Kementerian Luar Negeri di Putrajaya (bagi pasangan yang nikah sebelum 1 September 2016)
- Bawa surat itu bersama ke Konsulat Malaysia di Songkhla.
- Surat ini perlu dibuat oleh setiap pengantin yang masuk ke Thailand tanpa pasport
- salinan IC berdua
- surat cerai yang asal (janda sahaja)
- surat kematian suami yang asal (balu sahaja)
- sijil atau kad mualaf (mualaf sahaja)
- surat pengesahan nikah Konsulat Malaysia
- resit bayaran Konsulat Malaysia
Semua dokumen di atas hendaklah mempunyai cop Konsulat Malaysia.
Cara daftar nikah Thailand di Malaysia
- Di kebanyakan negeri, proses pendaftaran nikah Thailand bermula di pejabat agama di tempat mastautin pasangan yang nikah di Thailand. Bagi kes poligami, tempat daftar adalah di tempat mastautin isteri pertama.
- Pasangan boleh melantik peguam syarie untuk membantu dalam proses pendaftaran nikah. Mereka membantu dalam urusan di pejabat agama, urusan di pejabat pendaftar mahkamah dan dalam perbicaraan di mahkamah syariah. Pada masa ini, kebanyakan peguam meminta bayaran RM5,000 ke atas untuk kes bukan poligami dan RM8,000 ke atas untuk kes poligami.
- Pergi ke pejabat agama di tempat mastautin untuk mendapatkan maklumat tentang dokumen yang diperlukan.
- Sediakan semua dokumen yang diperlukan dan serahkan kepada pejabat agama berkenaan
- Pejabat agama akan memberikan satu set dokumen untuk dibawa ke mahkamah syariah. Bawa dokumen ini ke mahkamah syariah untuk dapatkan tarikh perbicaraan pengesahan nikah. Biasanya, tarikh perbicaraan ditetapkan pada tarikh tak sampai sebulan selepas permohonan dibuat.
- Mahkamah akan memberikan beberapa borang afidavit untuk dipenuhi dan diserahkan kepada pejabat pendaftar mahkamah.
- Pergi ke mahkamah pada hari perbicaraan. Bagi pasangan yang nikah di Thailand bersama kami, bawa telefon yang mengandungi video akad nikah ke mahkamah. Ini boleh dijadikan bukti di mahkamah nanti. Kalau hakim berpuashati bahawa nikah itu sah, dia akan maklumkan.
- Sebulan selepas perbicaraan, pergi ke pejabat pendaftar mahkamah untuk dapatkan surat perintah. Kemudian, bawa surat itu kepada Bahagian Penguatkuasaan di pejabat agama.
- Bahagian Penguatkuasaan akan mengambil masa (biasanya beberapa bulan) untuk menyediakan dokumen pendakwaan di mahkamah syariah, atas kesalahan seperti berikut:
- Nikah di luar mukim tanpa kebenaran pejabat agama
- Poligami tanpa kebenaran mahkamah syariah (kalau berkenaan)
- Daftar lambat (untuk pendaftaran selepas lebih 6 bulan balik ke Malaysia dari Thailand, selepas nikah di sana)
- Kes akan dibicarakan di mahkamah syariah dan pasangan akan diarahkan untuk datang semula pada tarikh lain untuk dijatuhkan hukuman. Biasanya, pasangan yang nikah akan dikenakan denda. Nilai denda di kebanyakan negeri adalah "tak lebih dari RM1,000 seorang" untuk setiap kesalahan. Denda ini perlu dibayar pada hari dijatuhkan hukuman oleh hakim.
- Setelah selesai kes mahkamah, ambil surat perintah daripada pendaftar mahkamah (sebulan kemudian) dan bawa ke pejabat agama. Pejabat agama akan keluarkan surat pengesahan nikah (surat nikah hanya dikeluarkan oleh pejabat agama tempat nikah dulu).
- Sesudah itu, bolehlah buat kad nikah berdua.
Ada soalan? Hubungi 010-365 8513