Hubungi Kami Tel: 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Nikah di Thailand tanpa Agen

Bercadang untuk nikah di Thailand tanpa agen? Fikirkan perkara berikut:

  1. Gambar dan video akad nikah untuk mahkamah syariah di Malaysia nanti: siapa yang akan ambil? (Kalau pergi bersama agen, agen akan rakamkan gambar dan video)
  2. Kemungkinan perlu pergi semula ke Thailand sekiranya hakim mahkamah syariah memerlukan dokumen tambahan untuk perbicaraan pengesahan nikah nanti (kalau pergi dengan agen, dalam banyak kes agen boleh bantu dapatkan dokumen berkenaan)
  3. Kemungkinan terlepas pandang kesilapan dalam mana-mana dokumen dari Siam yang memerlukan pembetulan (kalau pergi dengan agen, dalam banyak kes agen boleh dapatkan dokumen baru dari sana)
  4. Usaha tambahan untuk mencari jalan sendiri di Siam
  5. Kemungkinan ditipu di tempat asing

Maklumat lanjut tentang nikah di Thailand tanpa agen

Panduan Dokumen Nikah di Thailand

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin di Thailand, untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:

  1. Pasport yang sah.
    Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).

    Pas Sempadan boleh digunakan untuk menggantikan pasport, bagi mereka yang layak. Pas Sempadan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Utara Perak (bukan seluruh negeri Perak) sahaja. Tempoh sahlaku ialah 6 bulan dari tarikh dikeluarkan.

  2. Kad pengenalan
    Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
  3. Surat cerai
    Jika berkenaan
  4. Sijil mati
    Bagi balu yang ingin kahwin semula
  5. Surat izin wali
    Jika ada

Dinasihatkan membawa videocam untuk merakamkan proses perkahwinan, untuk lebih meyakinkan hakim di mahkamah syariah nanti.

Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.

Pengiraan Kos Nikah di Thailand.

Untuk menilai kos nikah di Thailand yang sebenar melalui pakej-pakej yang berlainan dari agen yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapatkan semua yang berikut:
  1. Kos perjalanan pergi-balik dari sempadan Malaysia ke Siam
  2. Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
  3. Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
  4. Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
  5. Adakah agen membawa anda ke Konsulat Malaysia di Selatan Thailand pada hari yang sama untuk memohon Surat Pengesahan Nikah dari Konsulat? Berapa lama untuk mendapatkan surat dari Konsulat?

Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan wakil Kerajaan Malaysia di Selatan Thailand bahawa nikah di Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.

Pemilihan Tarikh Nikah

Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Hujung minggu pun boleh. Konsulat Malaysia ditutup pada hujung minggu dan cuti am, dan ini akan melewatkan sedikit untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, tapi sedikit tambahan wang, kami boleh dapatkan dan hantar melalui Pos Laju. Surat ini diperlukan untuk pendaftaran nikah luar negeri di Malaysia nanti.

Lihat dulu Tarikh Cuti Thailand sebelum menetapkan tarikh untuk nikah di Thailand.

Hubungi Kami untuk Kahwin di Thailand!