Hubungi Kami Tel: 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Perjalanan Nikah di Thailand Tanpa Agen

Pasangan yang berhasrat untuk nikah di Thailand tanpa agen boleh memilih salah satu dari cara perjalanan berikut:

  1. Pergi ke Thailand dengan memandu kereta sendiri
  2. Menaiki teksi dari Bukit Kayu Hitam atau Danok
  3. Menggunakan khidmat tuk tuk untuk perjalanan di Thailand

Kami bincangkan di sini kebaikan dan keburukan setiap cara perjalanan supaya pasangan yang bercadang untuk nikah di Thailand dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diri masing-masing.

Jangan cuma fikirkan kos perjalanan. Fikirkan secara keseluruhan: keselamatan, masalah yang mungkin timbul di Thailand, masalah yang mungkin timbul di Malaysia selepas nikah dan sebagainya.

Urusan di Pejabat Agama dan Kosulat Malaysia

Kalau pergi nikah dengan agen, urusan di Pejabat Agama dan Konsulat Malaysia akan dibantu. Kalau pergi nikah tanpa agen, semua urusan perlu dilakukan sendiri.

Begitu juga dengan pemilihan hotel. Kalau nikah di Thailand tanpa agen, pemilihan hotel perlu dilakukan sendiri. Kalau pergi dengan agen, agen boleh bagi pilihan hotel yang selesa, di tempat yang mudah untuk mencari makanan Islam yang baik, dan di tempat yang selamat.

 

Penilaian Cara Perjalanan ke Thailand

1. Memandu kereta sendiri ke Thailand

KEBAIKAN KEBURUKAN
* Jimat kos perjalanan

* Boleh ikut jadual sendiri

* Boleh bersiar-siar sendiri
* Masalah besar kalau kereta rosak atau accident di Siam

* Tiada bantuan di Thailand atau waktu pendaftaran di Malaysia

Kalau kereta rosak atau accident:

2. Menyewa teksi ke Thailand

KEBAIKAN KEBURUKAN
* Perjalanan yang lancar

* Pemandu teksi boleh bantu di Pejabat Agama
* Harga perjalanan lebih tinggi dari memandu sendiri

* Kos tambahan untuk bersiar-siar

* Tiada bantuan waktu pendaftaran di Malaysia

3. Menaiki Tuk Tuk

KEBAIKAN KEBURUKAN
* Kos perjalanan paling murah

* Pemandu tuk tuk boleh bantu di Pejabat Agama
* Risiko penipuan oleh pemandu Tuk Tuk

* Tiada bantuan waktu pendaftaran di Malaysia

nikah di Thailand menaiki tuktuk

Tuk Tuk

Penipuan oleh Pemandu Tuk Tuk:

Tak semua pemandu jahat. Tapi, kalau nasib tak baik, boleh terkena pemandu yang jahat. Berikut adalah dua contoh apa yang mereka buat:

4. Pergi dengan Agen yang sah

KEBAIKAN KEBURUKAN
* Perjalanan yang lancar

* Setiap urusan dibantu oleh agen, termasuk perjalanan, urusan di Pejabat Agama, urusan di Konsulat Malaysia dan pemilihan hotel yang baik tapi murah

* Bersiar-siar tanpa caj tambahan

* Bantuan agen untuk mendapatkan dokumen baru kalau dokumen asal hilang atau rosak atau mengandungi kesilapan

* Khidmat nasihat dan bantuan waktu pendaftaran di Malaysia
* Harga perjalanan lebih tinggi berbanding memandu sendiri, tapi lebih kurang sama dengan tambang teksi

Bantuan Agen masa di Majlis Agama Islam

Bantuan Agen selepas Nikah

Berikut adalah di antara contoh bantuan dari Agen selepas nikah nanti:

Pertimbangkanlah semua fakta di atas sebelum memilih untuk nikah di Thailand tanpa agen.