Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

Dari hukum syarak, nikah di Narathiwat, di Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) di Muang Narathiwat adalah sah asalkan memenuhi semua syarat-syarat sah nikah. Namun begitu, nikah di Narathiwat mengundang dua masalah: masa untuk pengambilan surat pengesahan Konsulat dari Songkhla dan keselamatan di Narathiwat.

Nikah di Songkhla lebih baik. Lebih selamat dan terus dapat dokumen lengkap

Hubungi 010-365 8513 untuk maklumat lanjut.

Tempat Nikah di Narathiwat

Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) diiktiraf oleh JAKIM. Sah nikah bagi pasangan yang nikah di Narathiwat di pejabat MAIN. Mereka akan menerima surat nikah sejurus selepas nikah.

Tapi, untuk pendaftaran nikah di kebanyakan negeri di Malaysia, surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia di Songkhla diperlukan. Perjalanan ke Konsulat Malaysia di Songkhla memerlukan lebih dari 3 jam dari Narathiwat dan ini tidak memungkinkan dokumen nikah dapat diserahkan kepada konsulat sebelum pukul 12 tengahari pada hari nikah. Sehari tambahan akan diperlukan.

Oleh itu, kami cadangkan nikah di Pejabat Agama Islam Songkhla, bukan Narathiwat, supaya sempat pergi ke Konsulat pada pagi yang sama. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Kalau memilih untuk nikah di Narathiwat, lebih baik elakkan nikah di tempat seperti Golok atau Tak Bai atau mana-mana tempat selain pejabat MAIN sebab banyak berlaku nikah yang tak sah di sana.


Masalah Nikah di Narathiwat

Ada dua masalah kalau nikah di Narathiwat, seperti berikut:

  1. Surat Pengesahan dari Konsulat Malaysia.

    Salah satu dokumen penting untuk pendaftaran nikah bila balik ke Malaysia nanti ialah surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Pencegah Maksiat di Malaysia pun akan meminta surat Konsulat. Surat nikah saja tak memadai.

    Konsulat Malaysia cuma ada di Songkhla. Tak ada konsulat Malaysia di Narathiwat atau Yala atau Pattani.

    Surat pengesahan Konsulat perlu diambil sendiri oleh pasangan setelah nikah di Narathiwat atau mana-mana tempat yang diiktiraf. Pengambilan surat konsulat tak boleh diwakilkan kepada orang lain.

    Masa perjalanan dari MAIN ke Konsulat Malaysia di Songkhla ialah tiga jam (menaiki kereta).

    Permohonan surat Konsulat memerlukan dua hari bekerja (Isnin - Jumaat). Pasangan yang nikah di Narathiwat akan perlu pergi pula ke Songkhla selama dua hari bekerja untuk memohon dan mendapatkan surat Konsulat itu. Ini akan memerlukan masa tambahan dan kos tambahan.

  2. Keselamatan di Narathiwat. tempat nikah di Narathiwat jauh dari Konsulat Malaysia di Songkhla

    Narathiwat adalah di antara tiga wilayah di Selatan Thailand yang menghadapi rusuhan oleh kumpulan pemisah. Selain Narathiwat, dua lagi wilayah yang terlibat adalah Yala dan Pattani.

    Serangan bom adalah perkara biasa di Narathiwat, termasuk di Muang Narathiwat, di mana terletaknya pejabat MAIN. Berikut adalah di antara serangan baru di Muang Narathiwat:

    1. MStar, Jumaat, 20 Februari 2015 - 13 Cedera Letupan Bom Di Narathiwat.

    NARATHIWAT: Sebutir bom buatan sendiri meletup di sini, pada Jumaat menyebabkan 13 orang cedera dan tiga daripada mangsa dipercayai parah.

    Kejadian bom kali ini berlaku pada pukul 1.04 tengah hari di hadapan sebuah kedai karaoke, Jalan Na Nakorn, Daerah Muang, Wilayah Narathiwat.



    2. BHOnline Ahad, 8 Mac 2015 - 9 cedera letupan bom terbaharu di Narathiwat

    NARATHIWAT: Sembilan orang cedera termasuk dua parah dalam serangan bom terbaharu di sini awal pagi tadi. Mereka terdiri daripada enam orang awam dan tiga anggota renjer.

    3. My News Hub April 25, 2015 - 8 Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

    Lapan orang cedera dalam letupan bom di Narathiwat dan Pattani hari ini.

    Dalam kejadian di Narathiwat, seorang bapa dan tiga anaknya, yang berumur empat, enam dan lapan tahun cedera ringan apabila bom meletup ketika mereka dalam perjalanan dari rumah ke padang sukan, menunggang motosikal.

    Nikah di Songkhla lebih baik

    Seperti yang dijelaskan di atas, ada dua kelebihan kalau nikah di Songkhla, berbanding nikah di Narathiwat:

    1. Mudah untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat

    Konsulat Malaysia terletak tak sampai 30 minit perjalanan kereta dari MAIS, Oleh yang demikian, permohonan surat Konsulat boleh dibuat sebaik selesai nikah dan mendapat surat nikah. Dan surat Konsulat akan diterima pada petang berikutnya, insya Allah. Dalam masa dua hari, semua urusan di Thailand dah selesai.

    nikah di pejabat MAIS lebih baik

    Pejabat MAIS terletak jauh dari kawasan rusuhan

    2. Songkhla lebih selamat

    Satu masa dulu, Songkhla, Narathiwat, Pattani dan Yala adalah negeri yang mempunyai pemerintahan sendiri, sama seperti Kelantan, Pahang, Kedah dan lain-lain negeri di Malaya pada zaman itu.

    Tapi, Songkhla berbeza dari Narathiwat, Yala dan Pattani sebab 75% penduduk Songkhla beragama Buddhist. Cuma 25% beragama Islam. Itu pun, kebanyakan umat Islam adalah berketurunan Sam Sam yang menggunakan bahasa Siam. Cuma sebilangan kecil saja dari keturunan Melayu yang bercakap Melayu. Dan Songkhla telah berada di bawah pemerintahan Siam sejak abad ke-18. Jadi, tak ada sebab untuk penduduk Songkhla merusuh menentang Kerajaan Siam.

    Ini jauh berbeza dengan Narathiwat (82% Melayu Islam), Pattani (88% Melayu Islam) dan Yala (72% Melayu Islam). Pattani telah diperintah oleh raja beragama Islam sejak tahun 1530. Narathiwat dan Yala, pada masa itu, merupakan sebahagian dari Patani.

    Apabila tiga Wilayah ini diserahkan (oleh British) kepada Thailand dalam tahun 1909, mereka menentang sebab mereka tak mahu diperintah oleh Buddhist dari Siam.

    Inilah punca rusuhan yang berterusan di tiga Wilayah ini dan menjadikan nikah di Narathiwat tidak selamat.