Hubungi Kami (Klik) Tel: 010-365 8513 017-328 5129
Kami sendiri membawa pasangan untuk kahwin di Thailand. Kami tidak menggunakan khidmat mana-mana agen lain
PERBANDINGAN TEMPAT KAHWIN DI THAILAND
(untuk kahwin di Pejabat Majlis Agama Islam wilayah berkenaan sahaja)
Elakkan Sindiket Kahwin di Thailand yang diharamkan
Kami sedar bahawa ramai pasangan yang nekad untuk berkahwin, tapi terhalang, akan mencari cara untuk kahwin di Thailand. Kalau anda juga berhajat untuk kahwin di Thailand, jangan terjerumus dengan sindiket nikah di sempadan yang tidak sah yang terdapat di merata tempat di sepanjang sempadan Malaysia - Thailand. Sindiket nikah haram ini biasanya menjalankan urusan nikah di belakang kedai, dalam rumah, dan ada juga yang berlangsung dalam masjid, tapi semuanya tidak sah. Surat nikah yang dikeluarkan tidak sah dan pernikahan itu tidak direkodkan di Majlis Agama Islam di mana-mana wilayah di Selatan Thailand.
Kami tahu bahawa pasangan yang nekad untuk nikah di sempadan tidak akan mengendahkan larangan untuk berbuat demikian. Jadi, sebagai usaha untuk mengelakkan pasangan dari terjebak dengan aktiviti sindiket nikah haram di sempadan Malaysia - Thailand, kami tawarkan cara nikah yang sah mengikut hukum syarak, yang berlangsung di Majlis Agama Islam Songkhla (badan yang bertanggungjawab keatas urusan agama Islam di Songkhla), dan mudah didaftarkan di Malaysia. Samada nikah siri, nikah gantung, zawaj al-misyar atau nikah biasa, semuanya boleh dilakukan di sana.
Kami sendiri membawa pasangan untuk nikah di Majlis Agama Islam Songkhla, dan kami mempunyai kebenaran bertulis dari Majlis Agama Islam Songkhla untuk membawa pasangan untuk nikah di sana.
Songkhla juga adalah satu-satunya Wilayah di Selatan Siam dimana terdapat pejabat Konsulat Jeneral Malaysia. Konsulat Malaysia mengeluarkan surat pengesahan nikah untuk setiap pasangan yang nikah di Thailand secara sah. Surat ini adalah tersangat penting dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia, kerana ia adalah bukti bahawa pernikahan telah berlangsung melalui Majlis Agama Islam di salah satu Wilayah di Selatan Siam, bukan melalui sindiket nikah haram.
Kalau nikah melalui sindiket, surat ini tak akan dikeluarkan oleh Konsulat. Kalau nikah di Majlis Agama Islam Wilayah lain seperti Yala atau Narathiwat atau Pattani, pasangan perlu pula pergi untuk mendapatkan surat dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Jadi, lebih baik nikah di Songkhla dan dapatkan surat pengesahan Konsulat pada masa yang sama.
Untuk maklumat lanjut tentang kahwin di Thailand cara yang sah dan mudah, hubungi kami di telefon 010 365 8513