Kami telah menguruskan nikah di Thailand selama 10 tahun, dengan izin Pejabat Agama di sana.
Kami berdua, seorang dari Malaysia dan seorang dari Thailand. Ini membolehkan kami berjumpa dengan pasangan yang perlukan maklumat atau nasihat tentang nikah atau cerai di Thailand,dan pada masa yang sama, kami membawa pasangan untuk nikah atau cerai di Thailand.
Agen yang membawa sendiri pasangan ke Thailand sukar untuk ditemui kalau perlu berbincang secara berdepan.
Berikut adalah contoh perjalanan pakej nikah di Thailand.
Berjumpa di Imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar dan kami bawa ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS)
Akad Nikah di Pejabat MAIS, Hat Yai. Seorang Naib Kadi akan menjadi jurunikah/wali hakim. Dua lagi Naib Kadi akan bertindak sebagai saksi perkahwinan.
Jangan lupa membawa kamera atau videocam. Kami akan merekodkan upacara akad nikah itu.
Selesai nikah dan dapat semua dokumen nikah, kami bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla
Serah dokumen di Konsulat Malaysia di Songkhla
Makan tengahari di Songkhla
Check-in di hotel di Hat Yai
Kami jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat Malaysia
Ambil dokumen dari Konsulat Malaysia, kemudian kami hantar semula ke sempadan untuk perjalanan balik ke Malaysia.