Kepada pasangan yang bercadang untuk nikah di Betong, sila maklum bahawa Pejabat Agama Yala Cawangan Betong tak ada dalam senarai tempat nikah yang diiktiraf oleh JAKIM. Senaraai tempat nikah yang dibenarkan adalah seperti berikut: Majlis Agama Islam Songkhla, Satun, Narathiwat, Pattani dan Yala (di Sateng, bukan di Betong)
Kedua, kalau nikah di Betong, surat pengesahan dari Majlis Agama Islam Yala (untuk mendapat pengiktirafan) cuma akan didapati seminggu kemudian. Kalau nikah di tempat lain seperti Pejabat Agama Songkhla, surat pengesahan ini didapati sejurus selepas nikah.
Ketiga, kalau nikah di Betong, pasangan akan terpaksa pergi juga ke Konsulat Malaysia di Songkhla kemudian nanti, dengan bayaran tambahan, untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Kalau tak ada surat ni, tak boleh daftar nikah di hampir semua negeri di Malaysia, dan kalau pencegah maksiat jumpa, mereka boleh dakwa di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat.
Keempat, Betong bukanlah tempat yang selamat. Betong tempat bom selalu meletup.
Pada 18 Mac 2020 Berita Harian melaporkan:
Dua butir bom meletup di hadapan sebuah pejabat kerajaan dalam Wilayah Yala di selatan Thailand menyebabkan 25 orang cedera, termasuk tujuh wartawan
Pada 7 November 2019, Harian Metro melaporkan: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh termasuk seorang anggota polis dalam serang hendap terhadap pos pemeriksaan di wilayah Yala, selatan Thailand, malam kelmarin.
Pada 27 Oktober 2019, Astro Awani melaporkan: Empat renjer cedera dalam letupan bom di Bannang Sata, Yala, Selatan Thailand.
Bannang Sata terletak tak jauh ke Utara Betong.
Tiga contoh di atas, dalam tempoh tak sampai 6 bulan, menunjukkan betapa bahayanya Wilayah Yala di mana terletaknya Betong.
Pasangan yang nikah di Betong biasanya melalui proses berikut:
Kalau nikah di Songkhla, dalam masa dua hari bekerja dah dapat semua dokumen di atas, termasuk pengesahan Konsulat.