Nikah Poligami Tanpa Kebenaran * Khidmat Nikah di Thailand sehingga Pendaftaran di Malaysia
Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Prosedur Nikah Poligami di Thailand

Prosedur nikah poligami di Thailand sangat mudah. Cuma perlu bawa pasport dan IC, dan surat cerai asal bagi janda.

Prosedur nikah poligami sama dengan nikah isteri pertama - memerlukan dua hari bekerja, supaya boleh balik dengan sijil nikah yang dah disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Tapi, kalau tak boleh bermalam di sana, mari kita bincang.

Bila balik ke Malaysia, suami dan isteri keduanya perlu pergi ke mahkamah rendah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah, kemudian ke mahkamah tinggi syariah untuk menjawab tuduhan "poligami tanpa kebenaran mahkamah". Denda boleh dikenakan.

Setelah selesai urusan mahkamah, surat pengesahan nikah akan dikeluarkaan oleh Pejabat Agama di tempat tinggal, dan kad nikah boleh dibuat.

 

Prosedur Nikah Poligami di Malaysia

Untuk nikah poligami di Malaysia, pemohon perlu memohon kebenaran mahkamah syariah untuk poligami. Dalam proses ini, hakim akan memanggil isteri untuk memberi keterangan di mahkamah, tapi walau tanpa kebenaran isteri pertama, hakim masih boleh memberikan kelulusan untuk nikah poligami di Malaysia, sekiranya pemohon cukup syarat.

Kami faham bahawa dalam kes poligami, ada pasangan yang ingin merahsiakan perkahwinan mereka disebabkan menghadapi masalah untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama, atau takut kebahagiaan rumahtangga akan tergugat kalau isteri pertama dimaklumkan. Atau mungkin mereka ingin berhenti dari melakukan zina dan berkahwin segera untuk menghalalkan hubungan; atau bakal isteri kedua sudah hamil dan ingin nikah segera dengannya untuk tidak memalukan bakal isteri atau keluarganya yang tak bersalah, atau lain-lain sebab yang mendesak.

Dalam kes begini, kami boleh bantu untuk nikah di Thailand. Urusan pernikahan itu boleh dirahsiakan, tapi kami harap isteri pertama akan dimaklumkan juga selepas nikah isteri kedua nanti, sebab isteri pertama berhak tahu.

Dokumen Nikah Poligami di Thailand

Dokumen yang diperlukan untuk poligami di Thailand adalah seperti berikut:

Dokumen lain tidak diperlukan.

Prosedur Nikah

Dua hari bekerja (Isnin - Jumaat) diperlukan untuk nikah poligami tanpa kebenaran isteri pertama di Songkhla. Selepas dua hari ini, pasangan akan pulang ke Malaysia membawa

Konsulat Malaysia di Songkhla tutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari-hari cuti am Malaysia. Mereka juga tutup pada sebahagian hari-hari cuti am Thailand.

Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan wakil Kerajaan Malaysia di Selatan Thailand bahawa nikah di Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.

Pemilihan Tarikh Nikah

Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Ada kalanya, pasangan yang ingin nikah poligami tanpa kebenaran isteri pertama menghadapi kesukaran untuk bermalam di Songkhla. Sekiranya menghadapi masalah untuk pergi ke Songkhla selama dua hari bekerja, atau sukar untuk bermalam di sana, sila hubungi kami melalui telefon 010-3658513 atau 017-328 5129. Insya Allah, ada penyelesaiannya.

Lihat dulu Tarikh Cuti Konsulat Malaysia Songkhla sebelum menetapkan tarikh untuk perkahwinan di Thailand.

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan, isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!