kisah terlanjur berakhir dengan memakai cincin nikah

Kisah Terlanjur

kisah terlanjur berakhir dengan nikah di Siam

nikah di Perlis | nikah di Pattani | pelajar kahwin lari | 8 tahun dihalang wali
wali yang materialistik | kisah pasangan terlanjur




Kahwin Lari: Kisah Terlanjur

Razali seorang anak yang "mudah dijaga" sejak kecil. Begitu kata ayahnya. Jadi, ayahnya hairan mengapa Razali tak mendengar kata orang tuanya dan meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan Roslah walau pun ditentang oleh ibu, ayah dan isterinya Farah.

Kisahnya begini:

Farah, isteri Razali, seorang isteri yang mengongkong. Dalam pada itu, Farah pandai mengambil hati ibu dan bapa mertuanya yang juga kawan lama kepada ibubapanya sendiri

Razali merasa tertekan akibat kongkongan Farah dan ini menjadi punca dia menjalin hubungan dengan seorang kenalannya, Roslah. Mulanya Roslah hanya tempat mengadu nasib. Tapi lama kelamaan, hubungan mereka menjadi semakin intim dan akhirnya mereka terlanjur

Razali, anak yang baik dan "mudah dijaga" itu, juga seorang yang bertanggungjawab. Setelah tidak mampu mengawal diri dengan Roslah, sehingga berlaku apa yang tak sepatutnya berlaku, Razali ingin mengambil tindakan yang terbaik dengan menjadikan Roslah isterinya. Dan memang itu lah yang diharapakan oleh Roslah setelah mereka sama-sama ditenggelamkan oleh nafsu.

Malangnya, hasrat Razali telah ditentang oleh isteri, ibu dan bapanya. Ibunya bukan saja tak mahu perasaan Farah terluka, malah tak mahu hubungannya dengan ibu Farah terjejas. Ayah Razali juga tak mahu Razali berkahwin dengan Roslah dan menganggap perbuatan itu sebagai derhaka kepada kemahuan ibunya. Hairan macam mana seorang ibu dan ayah boleh cuba menghalang anaknya daripada bertanggungjawab keatas perbuatannya!

Akhirnya, Razali dan Roslah melangsungkan perkahwinan di Songkhla.

Ayah dan ibu Razali berpendapat bahawa Razali telah menjadi seorang anak derhaka disebabkan Roslah. Mereka tak sedar bahawa Razali sebenarnya seorang anak yang bertanggungjawab, yang membelakangkan ibu bapanya kerana mereka menyuruh dia menjadi tidak bertanggungjawab selepas apa yang berlaku.

Kisah terlanjur ini benar-benar telah berlaku dalam tahun 2010. Akibat perbuatan Razali membelakangkan ibu-bapa, bapanya telah menghentikan pekerjaannya dengan syarikat kepunyaannya. Dalam masa yang sama, ibu bapa Razali masih menampung belanja hidup Farah dan anak mereka. Inilah cara mereka menghukum Razali yang mereka anggap anak derhaka.


Kisah Kahwin Lari Wali Enggan

eXTReMe Tracker

Web Design & SEO Malaysia
Suka Sama Suka

Copyright © 2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.