Nikah di Perlis
Daftar nikah Thailand di Perlis


Cara Nikah di Thailand | Mengapa Pilih Kami | Hubungi Kami
Poligami Tanpa Kebenaran | Wali Enggan | Nikah Gantung, Nikah Khitbah | Nikah Hamil

Tekan untuk telefon kami untuk daftar nikah di Perlis



nikah di Perlis | nikah di Pattani | pelajar kahwin lari | 8 tahun terhalang
wali yang materialistik | kisah pasangan terlanjur


Daftar nikah Thailand di Perlis

Proses nikah mudah di Perlis telah dihentikan. Sekarang, prosesnya sama seperti di negeri lain. Yang masih mudah adalah daftar nikah Thailand di Perlis. Maksudnya, nikah mudah di Thailand kemudian daftar di Perlis

Daftar Nikah Mudah di Perlis

Bagi pasangan yang nikah di Thailand, proses pendaftaran di Perlis hanya memerlukan 1 atau 2 bulan. Tak perlu masuk mahkamah. Hubungi 010-365 8513 untuk maklumat lanjut tentang nikah di Thailand atau daftar nikah Thailand di Perlis.

Nikah di Perlis: Kisah Kahwin di Perlis

Satu masa dulu, syarat nikah di Perlis dilonggarkan supaya pasangan yang bermasalah tidak perlu pergi ke Thailand untuk berkahwin. Ini disebabkan banyaknya sindiket nikah palsu yang beroperasi di Selatan Siam.

Tapi, itu dulu. Sekarang, peraturan di Perlis sama seperti di negeri-negeri lain. Perlis bukan lagi tempat untuk nikah dengan mudah. Kes wali enggan atau poligami perlu dibicarakan sama seperti di negeri-negeri lain, sebelum pernikahan dibenarkan.

Walau pun begitu, masih ada pasangan yang menuju ke Perlis untuk kahwin lari. Mungkin inilah yang mendorong segelintir manusia yang tak bertanggungjawab untuk menubuhkan sindiket nikah palsu di Perlis.

Pasangan yang ingin nikah di Perlis (atau di mana-mana di Malaysia tanpa izin Jabatan Agama Islam) harus sedar bahawa wali hakim ialah wali yang dilantik oleh pemerintah di mana pernikahan berlangsung.

Di Malaysia, wali hakim ialah Wali yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau DYMM Sultan atau Raja. Kalau orang yang tak dilantik dan tak bertauliah menjadikan dirinya sendiri wali hakim bagi sesuatu pernikahan, maka nikah itu tidak sah. Kalau seorang itu dilantik di Siam, atau di negeri selain Perlis, tapi tidak dilantik di Perlis, dia tidak boleh menjadi wali hakim di Perlis. Begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Menurut cerita yang kami dengar, pernikahan telah berlangsung dalam sebuah rumah di Perlis. Yang menikahkan mengaku dirinya sebagai seorang imam dari Songkhla. Dua orang penduduk Malaysia menjadi saksi. Imam tadi bertindak sebagai jurunikah dan wali hakim.

Selesai akad nikah, imam mengeluarkan surat nikah, kononnya dari Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS). Yang anehnya, nama saksi dalam surat nikah itu bukan saksi yang hadir, tetapi nama dua orang naib kadhi dari Songkhla.

Pernikahan begini dikhuatiri tidak sah. Masalah utamanya ialah soal wali. Imam dari Songkhla sudah tentu tidak boleh bertindak sebagai wali hakim di Malaysia, sebab wali hakim perlu dilantik oleh Raja atau Sultan. Tidak ada imam dari Thailand yang dilantik sebagai wali hakim oleh mana-mana Majlis Agama Islam di Malaysia!

Salah satu pasangan yang kahwin di Perlis dengan cara ini telah menghubungi MAIS untuk mendapatkan kepastian tentang status pernikahan mereka. Ternyata, pernikahan mereka tak ada dalam rekod MAIS, dan MAIS sendiri menganggap perkahwinan itu sebagai tidak sah.

Mudah-mudahan tak ada lagi pasangan yang tertipu dengan cara ini. Kalau dirasakan masalah cuma boleh diselesaikan melalui kahwin lari, Perlis bukan tempatnya. Jangan nikah di Perlis melalui sindiket untuk mendapatkan surat nikah MAIS. Mari kami bawa ke pejabat MAIS di Wilayah Songkhla untuk nikah, kemudian kami bantu untuk daftar nikah Thailand itu di Perlis


Kisah Kahwin Lari Kahwin di Pattani

eXTReMe Tracker

Web Design & SEO Malaysia
Suka Sama Suka

Copyright © 2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.