Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

Nikah di Thailand - Kahwin Lagi - Isteri Kedua

Nikah poligami di Thailand amat mudah. Pejabat Agama di sana tidak memerlukan kebenaran isteri pertama.

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa ke Thailand untuk nikah dengan isteri kedua:

  1. Kad pengenalan dan pasport (atau pas sempadan, bagi penduduk Kedah, Kelantan, Perlis dan Hulu Perak)
  2. Surat cerai asal atau surat kematian suami asal bagi janda atau balu
  3. Sijil mualaf (bagi mualaf yang belum tukar IC)
  4. Dua orang saksi lelaki, kalau nak daftar di Terengganu bila balik nanti

Permulaan perjalanan adalah dari Imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar, atau dari Hat Yai.

Pilih tarikh sendiri untuk pergi ke sana, tapi elakkan hujung minggu dan hari Malaysia cuti am.

Hubungi Kami SEKARANG!

 

Nikah isteri kedua di Thailand

Proses nikah poligami di Thailand sangat mudah. Bagi kebanyakan pasangan, yang perlu dibawa cuma kad pengenalan dan pasport (atau Pas Sempadan bagi mereka yang layak).

Majlis Agama Islam di Siam tidak memerlukan surat kebenaran, sijil kursus pra-perkahwinan, sijil ujuan HIV dan sebagainya.

Pastikan mengenali pasangan sebelum nikah

Jurunikah di Thailand tak dapat menentukan status sebenar pasangan yang datang untuk berkahwin. Tiada cara bagi mereka untuk menentukan sama ada seorang lelaki itu belum beristeri atau sudah pun mempunyai empat orang teman hidup. Tiada cara juga bagi mereka untuk menentukan samada seorang perempuan itu belum pernah berkahwin, atau sudah bercerai, atau masih dalam iddah, atau belum bercerai.

Ini bermakna bahawa sesiapa yang ingin berkahwin di Siam perlu betul-betul tahu latar belakang dan status pasangan mereka supaya tak tertipu atau berhadapan dengan masalah dimasa depan nanti.

Selain status perkahwinan pasangan yang akan dinikahi, selidik dulu perangai sebenarnya macam mana. Jangan menyesal selepas kahwin!

Perjalanan nikah di Thailand

Dari sempadan atau Hat Yai, kami bawa ke Pejabat Agama. Di sana nanti, tunggu giliran untuk nikah.

Selepas nikah dan dapat surat nikah, kami bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mohon pengesahan nikah. Serahkan semua dokumen di Konsulat.

Selepas itu, kami bawa makan tengahari (kecuali bulan puasa) dan hantar ke hotel di Hat Yai atau Danok (pilihan pasangan).

Esoknya, kami bawa semula ke Konsulat untuk ambil semua dokumen yang telah disahkan. Selepas itu, kami bawa ke sempadan untuk perjalanan balik (atau ke mana-mana tempat di Wilayah Songkhla atas pilihan pasangan.

Hubungi Kami SEKARANG!