Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Urusan yang Lancar

Kami adalah gabungan rakyat Malaysia dan Thailand.

Saya, Ridzwan, berada di Subang Jaya, Selangor untuk memberi penjelasan dan apa-apa maklumat yang dipelukan oleh pasangan yang bercadang untuk nikah di Thailand.

Seorang lagi, En Saleh, adalah rakyat Thailand yang berada di Danok. Isteri En Saleh adalah rakyat Malaysia dari Kedah.

Gabungan ini melancarkan perjalanan:

 

Kelebihan Kami

  1. Kami mempunyai kebenaran bertulis dari Majlis Agama Islam Songkhla untuk membawa pasangan ke sana untuk nikah
  2. Kami telah lama (lebih dari 10 tahun) membantu pasangan untuk nikah di Thailand (berbanding kebanyakan agen lain) dan mempunyai pengalaman luas untuk menangani apa-apa masalah yang mungkin timbul di sana
  3. Kami tawarkan perkhidmatan yang lengkap (bukan setakat surat nikah, tapi juga surat pengesahan nikah dari Majlis Agama dan Konsulat Malaysia, semuanya dalam tempoh dua hari)
  4. Harga yang rendah berbanding agen nikah di Yala, Narathiwat atau Pattani untuk perkhidmatan yang lengkap sehingga mendapat surat pengesahan Konsulat Malaysia
  5. Kami tidak meminta apa-apa deposit. Semua bayaran dibuat pada hari akad nikah
  6. Tarikh nikah ditetapkan oleh pasangan sendiri. Notis setengah hari pun sudah cukup
  7. Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia
  8. Kami menyediakan makan tengah hari secara percuma kepada pasangan di restoran Islam yang berkualiti di pantai Songkhla
  9. Kami membawa pasangan bersiar-siar dan membeli-belah di Hat Yai (jika ingin berbuat demikian) tanpa apa-apa bayaran tambahan untuk pengangkutan atau masa
  10. Kami dapat dihubungi dengan mudah dan murah di Malaysia sepanjang masa melalui telefon atau berjumpa di pejabat - tak perlu membuat panggilan kos tinggi ke nombor telefon Thailand pada waktu siang atau malam
  11. Kami akan mengembalikan sepenuhnya bayaran yang telah kami terima jika pasangan tak dapat dinikahkan atas apa-apa sebab setelah tiba di Thailand, yang bukan kesilapan pasangan. Kalau terjadi begini, kos pengangkutan di Thailand pun kami akan tanggung
  12. Kalau pasangan tak boleh nikah atas kesilapan sendiri (contoh: tidak membawa dokumen yang kami senaraikan, atau pengantin lelaki mualaf yang belum bersunat, atau pasangan bukan Islam yang enggan memeluk Islam, dan sebagainya), kami akan pulangkan semua bayaran kecuali kos pengangkutan pergi-balik antara Danok dan tempat nikah.