Sebab-sebab Utama pasangan Malaysia kahwin lari di Thailand adalah seperti berikut:
Secara amnya, masyarakat memandang serong terhadap pasangan yang kahwin lari. Memang benar, banyak yang negatif tentang perbuatan ini. Tapi, sering terjadi, ia dapat menyelesaikan masalah, dan memberikan kesan yang positif terhadap masyarakat. Contohnya, dalam kes wali enggan.
Bila ayah enggan membenarkan anaknya nikah dengan lelaki pilihannya, anaknya berhak membawa perkara tersebut ke mahkamah. Tetapi, apabila anak membawa perkara seperti ini ke mahkamah, maka hubungan ayah dan anak akan menjadi teramat buruk, mungkin sehingga tak dapat diperbaiki lagi.
Membawa kes begini ke mahkamah bukan penyelesaian yang baik.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa nikah di Siam, dalam kes wali enggan, tidak adil kerana menghapuskan hak wali. Orang yang memberikan pendapat begini tidak pulak memikirkan perasaan dan keinginan anak yang terhalang. Anak yang akan menanggung, bukan ayah.
Namum begitu, diakui bahawa ada kalanya larangan ayah memang berasas. Tapi tidak sentiasa begitu.
Satu masa dulu, cukup mudah untuk nikah di Perlis. Tapi sekarang, tidak lagi. Peraturan di Perlis sudah disamakan dengan peraturan di negeri-negeri lain. Dalam pada itu, ada sindiket yang mengambil kesempatan untuk menyesatkan pasangan yang datang ke Perlis untuk berkahwin, mungkin disebabkan mereka tak tahu bahawa cara nikah di Perlis tidak lagi semudah dulu.
Khairul dan pasangannya sanggup berbelanja lebih dari RM4,000 untuk nikah di Pattani, selepas membaca risalah yang menjanjikan mereka akan mendapat semua dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran di Malaysia, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thailand. Tapi, hakikatnya, khidmat yang diberikan tak selengkap yang di warwarkan, dan ini menimbulkan kesulitan untuk mendaftar nikah di Malaysia.
Dari contoh-contoh di atas, dapat dilihat bahawa kesan kahwin lari terhadap masyarakat tidak semestinya negatif. Banyak juga kes dimana seorang wanita telah hamil, sedangkan pasangannya ialah suami orang. Mereka mahu bertanggungjawab dan nikah segera untuk menutup malu keluarga (bukan hanya diri mereka), tapi proses permohonan poligami mengambil masa yang terlalu lama bagi pasangan yang begini.