Kalau Nikah di Betong, tak dapat Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
Hanya Songkhla ada Konsulat Malaysia. Tak ada di Betong. Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) dibuka setiap hari untuk urusan nikah. Biasa terdapat lebih dari 10 pasangan sehari nikah di MAIS.
Kahwin di Thailand, Nikah di Sempadan
Rakyat Malaysia beragama Islam yang menghadapi masalah untuk berkahwin biasanya akan mencari tempat nikah di sempadan.
Ramai juga antara pasangan yang nikah di Thailand yang kemudiannya menghadapi masalah untuk mendaftarkan pernikahan mereka, disebabkan beberapa perkara seperti tidak mempunyai surat dari Konsulat Malaysia di Songkhla, atau mempunyai surat nikah palsu yang dikeluarkan oleh sindiket nikah palsu di sempadan.
Sindiket nikah palsu ada dimana-mana. Sebagai contoh, ada sindiket nikah palsu di sempadan Perlis-Thailand dan ada sindiket nikah palsu di Betong, Yala.
Terdapat juga sindiket di Danok dan Tak Bai.
Untuk menangani aktiviti haram di sempadan ini, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing, hanya satu tempat, iaitu pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.. Ini adalah jaminan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Songkhla adalah sah dan mengikut peraturan, yang memenuhi hukum syarak.
Ini bermakna bahawa rakyat Malaysia tidak dibenarkan nikah di Wilayah Songkhla kecuali Pejabat Majlis Agama Islam, Hat Yai.
Kami menyediakan khidmat membawa pasangan dari Malaysia untuk nikah di Selatan Siam. Tempat yang kami bawa untuk akad nikah ialah tempat yang diluluskan, iaitu pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Hat Yai.
Selesai ijab kabul dan mendapatkan surat-surat yang berkenaan dari Majlis Agama Islam Songkhla, kami bawa pasangan yang baru nikah itu ke Konsulat Malaysia, Songkhla.
Segala dokumen - surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam dan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia - diperolehi oleh pasangan pengantin sendiri dari pejabat yang mengeluarkannya. Tak timbul kemungkinan dokumen palsu.
Cara kami menguruskan nikah di sempadan berbeza dari cara kebanyakan agen lain yang menyerahkan sebahagian dokumen seminggu kemudian (adakah dokumen itu sah atau palsu? ) atau tidak menyerahkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, kecuali dengan kos tambahan.
Harga yang kami tawarkan adalah yang termurah; khidmat kami adalah lengkap dan transparent (pasangan pengantin akan kami bawa ke semua pejabat yang berkaitan untuk mendapatkan sendiri dokumen-dokumen yang berkenaan); dan segalanya diperolehi dalam masa dua hari bekerja.
Pilih khidmat kami supaya tidak timbul soal sindiket atau nikah palsu kerana anda sendiri akan kami bawa ke Majlis Agama Islam, Hat Yai dan Konsulat Malaysia, Songkhla untuk nikah dan mendapatkan dokumen-dokumen pengesahan.
Pilih khidmat perkahwinan di Thailand yang kami tawarkan, di Songkhla, kerana tidak seperti Yala dan Narathiwat yang jauh dari Konsulat Malaysia, surat pengesahan konsulat akan didapati hanya sehari selepas ijab kabul
Dan pilih khidmat kami untuk kahwin di Thailand kerana Songkhla lebih selamat berbanding Yala, Pattani atau Narathiwat.