Nikah di Thailand di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh Malaysia. Sah, Murah, Tiada Deposit.
Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Proses Nikah Melalui Gambar (Klik)

bukti pasangan telah pergi ke pejabat agama yang diiktiraf  
akad nikah akan dirakamkan dalam video untuk mahkamah  
contoh surat nikah dari MAIS  
contoh surat pengesahan nikah dari MAIS  
contoh surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla

Senarai dokumen nikah di Thailand

  • Surat Nikah (Pejabat Agama)
  • Surat Pengesahan Nikah (Pejabat Agama)
  • Gambar bersama jurunikah dan saksi (Pejabat Agama)
  • Surat Tauliah Jurunikah (Pejabat Agama)
  • Salinan IC berdua
  • Salinan pasport berdua
  • Surat Pengesahan Nikah (Konsulat Malaysia)
  • Resit Bayaran (Konsulat Malaysia)

 

Tentang Kami

Cara Nikah di Thailand

Berikut ialah cara kahwin di Thailand bersama kami

  1. Dokumen untuk Berkahwin di Thailand
    1. Sekiranya ada hutang PTPTN, MARA dll yang tertunggak, Semak status sekatan imigresen.
    2. Sediakan kad pengenalan, pasport (masih ada tempoh sah sekurang2nya 6 bulan) atau pas sempadan (bagi kad pengenalan yang beralamat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Utara Perak sahaja).
    3. Bagi janda, bawa surat cerai asal
    4. Bagi balu, bawa surat kematian suami yang asal

  2. Bawa Videocam
    • Bawa kamera atau handphone yang ada fungsi merakam video yang jelas. Kamera/fon itu akan digunakan untuk merakamkan akad nikah di Thailand nanti, dan video yang terhasil akan menjadi bukti kepada hakim mahkamah syariah (waktu pengesahan nikah di Malaysia nanti) bahawa akad nikah itu adalah sah.

  3. Perjalanan, Cara Nikah dan Mendapatkan Dokumen
    1. Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba disana sekitar pukul 6:30 pagi - 7:00 pagi. Atau ambil penerbangan ke Hat Yai dari Kuala Lumpur dan bermalam di Hat Yai dulu.
    2. Kami akan bawa dari Bukit Kayu Hitam atau hotel di Hat Yai ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Hat Yai untuk akad nikah. Cara nikah di Thailand sama seperti di Malaysia.


      Saya izinkan (tuan naib kadi syarie) untuk kahwinkan saya dengan (nama suami) dengan maskahwin berjumlah (xxx) tunai.
      (Lafaz pengantin perempuan untuk menerima jurunikah sebagai wali)




      sungai di Hat Yai
      Sungai di Hat Yai: Airnya jernih, banyak ikan

    3. Selepas akad nikah, MAIS akan mengeluarkan surat nikah, gambar bersama jurunikah dan surat pengesahan nikah
    4. Sesudah itu, kami akan bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Serahkan surat nikah, salinan surat nikah, surat pengesahan nikah dari MAIS dan gambar bersama jurunikah kepada Konsulat
    5. Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa ke sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla untuk makan tengah hari

      restoran Islam di Songkhla
      Restoran di tepi pantai Songkhla

    6. Lepas makan, boleh bersiar-siar atau kami akan hantar terus ke hotel.

      terdapat beberapa patung di pantai Songkhla
      Patung di tepi pantai Songkhla

    7. Keesokan harinya, kami akan jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia. Perhatian: Konsulat cuma buka pada hari Isnin - Jumaat. Ambilkira fakta ini dalam merancang perjalanan ke Siam
    8. Setelah dapat surat dari Konsulat, kami akan hantar semula ke Bukit Kayu Hitam untuk perjalanan pulang ke Malaysia

Pakaian untuk akad nikah hendaklah sesuai dengan pakaian dalam masjid, sebab pejabat MAIS terletak dalam masjid

Cara kahwin di Thailand amat mudah, tapi usahakan untuk nikah di Malaysia dulu sebelum memilih untuk pergi ke Thailand.

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan, isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!