cincin nikah di Pattani

Nikah di Pattani

kad kahwin di Pattani

Cara Nikah di Thailand | Mengapa Pilih Kami | Hubungi Kami
Poligami Tanpa Kebenaran | Wali Enggan | Nikah Gantung, Nikah Khitbah | Nikah Hamil




nikah di Perlis | nikah di Pattani | pelajar kahwin lari | 8 tahun dihalang wali
wali yang materialistik | kisah pasangan terlanjur


Kisah Kahwin di Pattani

Khairul dan Arfah dah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga. Hasrat mereka telah diberitahu kepada ayah Arfah, tapi dia tidak mengizinkannya atas alasan Khairul seorang duda. Dia mahu Arfah, yang masih gadis, berkahwin dengan seorang teruna.

Secara kebetulan, Khairul telah terbaca risalah di masjid tentang nikah di Pattani. Risalah tu menjanjikan pengangukutan pergi-balik dari rumah ke Pattani, penginapan yang selesa di Pattani, bantuan untuk urusan nikah dan mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Harga yang ditawarkan agak mahal - lebih dari RM4,000 - tapi, memandangkan risalah tu dari dalam masjid, tentulah tawaran yang boleh dipercayai, fikir Khairul.

Khairul menganggap tawaran ini sebagai peluang untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Dia mengambil sehelai risalah itu untuk ditunjukkan kepada Arfah. Dia ajak Arfah kahwin di Pattani. Arfah setuju. Khairul pun menghubungi nombor telefon yang tercatat dalam risalah nikah di Pattani tu.

Tiba masanya, mereka dijemput dengan kereta dan dibawa ke sempadan Thailand melalui Kelantan. Tiba disana, sebuah kereta lain membawa mereka ke Pattani. Di Pattani, mereka ditempatkan di hotel yang selesa. Semuanya seperti yang dijanjikan.

Urusan nikah pun berjalan lancar.

Selesai semuanya, mereka balik ke Malaysia dengan rasa berpuas hati. Mereka pulang membawa surat nikah dan surat pengesahan nikah. Agen menjanjikan surat pengesahan Konsulat akan dihantar kepada mereka dalam seminggu dua. Mereka yakin dengan janji agen tu.

Dua minggu berlalu, tapi tak ada surat dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Mereka menelefon agen Pattani. Agen menjanjikan surat Konsulat akan dihantar kemudian. Tapi, setelah berbulan-bulan mereka menunggu, surat Konsulat tak sampai juga. Agen pun dah tak mahu menjawab panggilan mereka.

Sebenarnya, kalau agen nikah di Pattani betul-betul bercadang untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, sudah tentu dia akan menyimpan surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Pattani, sebab dokumen itu diperlukan untuk memohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Tapi tidak. Surat pengesahan itu diserahkan kepada Khairul, menandakan agen itu tidak berniat untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

Akhirnya, Khairul menghubungi kami meminta bantuan untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Dia merasa tertipu dan dia merasa dirinya bodoh sebab tak terfikir untuk menggunakan Internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara nikah di Thailand yang terbaik, sebelum menerima tawaran untuk nikah di Pattani. Kata Khairul, kalaulah dia tahu Konsulat Malaysia cuma ada di Songkhla, sudah tentu dia memilih Songkhla.

Tapi, masalah itu sudah selesai. Dengan bantuan kami, surat pengesahan Konsulat sudah ada pada Khairul dan dia boleh melakukan langkah seterusnya setelah kahwin di Pattani - pendaftaran nikah di Malaysia.


Kahwin di Perlis Pasangan Terlanjur

eXTReMe Tracker

Web Design & SEO Malaysia
Suka Sama Suka

Copyright © 2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.