Kalau nikah dengan warga asing pemegang permit kerja, surat nikah tak akan disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Akibatnya, surat nikah itu tak diiktiraf di Malaysia dan nikah itu tak boleh didaftarkan di Malaysia.
Lagi pun, biasanya Kedutaan Thailand tak akan bagi visa untuk masuk ke Thailand bagi pemegang permit kerja (kecuali warga ASEAN)
Untuk mengatasi masalah ini, tamatkan dulu permit kerja itu dan pulang ke negara asal melalui KLIA. Permit kerja akan dimatikan oleh Pegawai Imigresen Malaysia di KLIA.
Setelah sampai ke negara asal, mohon visa pelancong daripada Kedutaan Thailand di sana, kemudian terus pergi ke Thailand untuk nikah. Kemudian dapatkan pengesahan nikah dan visa dari Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian masuk semula ke Malaysia melalui KLIA.
Warga asing pemegang spouse visa boleh bekerja di Malaysia tanpa permit kerja.
Kalau warga ASEAN, tetapi susah untuk tamatkan permit kerja (contohnya majikan tak mahu tamatkan), masih boleh nikah di Thailand, dan pergi semula ke Thailand untuk mendapatkan pengesahan Konsulat selepas tamat permit nanti. Tapi, dalam masa selepas nikah dan sebelum pergi semula ke Thailand untuk mendapatkan pengesahan Konsulat, surat nikah tak diiktirtaf di Malaysia. Maka perlulah berhati-hati supaya tidak ditahan dan didakwa oleh pencegah maksiat.
Bergantung kepada negara asal, warga asing yang ingin nikah di Thailand mungkin memerlukan visa sebelum masuk ke Thailand. Berikut adalah senarai keperluan visa untuk masuk ke Thailand mengikut negara. Warga Malaysia, yang bercadang untuk nikah dengan warga asing di Thailand, dinasihatkan untuk bertanya kepada Kedutaan Thailand di Jalan Ampang samada pasangan mereka memerlukan visa atau tidak. Senarai berikut mungkin telah berubah.
Mengikut maklumat yang ada pada kami, warga asing pemegang pasport dari negara-negara berikut boleh memohon visa sebaik tiba diThailand. Sila semak dengan Kedutaan Thailand untuk senarai yang terkini.
Warga asing pemegang pasport dari negara yang tidak tersenarai di atas perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Thailand di negara masing-masing sebelum pergi ke Thailand..
Berikut ialah sebahagian dari negara yang memerlukan visa dari Kedutaan Thailand di negara masing-masing. Banyak lagi negara yang tak disenaraikan di sini: