Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

Surat Pengesahan Konsulat

Setelah nikah di Thailand atau bercerai di Thailand dan mendapat surat nikah atau surat cerai, pasangan perlu mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat nikah atau cerai itu tidak diiktiraf di Malaysia tanpa pengesahan dari Konsulat.

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Maklumat berikut dipetik dari laman web Konsulat Malaysia di Songkhla.

  1. Salah seorang di antara pasangan yang nikah atau bercerai itu perlu hadir sendiri di pejabat Konsulat
  2. Salah seorang di antara ibu atau bapa pengantin perempuan perlu hadir waktu memohon surat Konsulat, bagi perempuan yang berumur kurang dari 18 tahun
  3. membayar 100 baht bagi setiap helaian dokumen yang dikemukakan untuk pengesahan oleh Konsulat
  4. Pengeluaran surat perakuan pernikahan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hari bekerja atau lebih, bergantung kepada maklum balas daripada majlis agama Islam yang berkenaan.

 

Dokumen yang perlu dibawa

  1. Isi borang permohonan yang disediakan di pejabat Konsulat
  2. Kemukakan dokumen berikut:
    1. kad pengenalan berdua
    2. halaman utama pasport atau pas sempadan sewaktu nikah atau cerai
    3. halaman pasport atau pas sempadan dengan cop imigresen Thailand waktu masuk ke Thailand untuk nikah atau cerai, atau borang departure dari imigresen Thailand
    4. surat nikah/cerai dari Pejabat Agama tempat nikah (2 salinan)
    5. surat pengesahan nikah/cerai dari Pejabat Agama berkenaan. Tarikh surat ini tak boleh lebih dari setahun. Kalau dah lebih dari setahun, dapatkan surat baru dari Pejabat Agama tempat nikah.
    6. surat cerai atau kematian suami yang asal (bagi janda/balu yang nikah di Thailand)
    7. sijil mualaf (jika berkenaan)
    8. surat kebenaran nikah dari Ketua Jabatan (bagi Tentera atau Polis)
    9. surat kebenaran keluar negara dari Ketua Jabatan (bagi Pegawai Kerajaan, Tentera atau Polis)
    10. surat kebenaran nikah dari ibu atau bapa (bagi perempuan berusia kurang dari 18 tahun. Borang berkaitan hanya boleh didapati di Konsulat Malaysia di Songkhla sahaja)
    11. Surat beranak bagi perempuan berumur kurang dari 18 tahun

Catatan

Bagi pasangan di mana salah seorang atau kedua-duanya sekali masuk ke Thailand tanpa pasport atau pas sempadan, ikut prosedur berikut sebelum pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla:

  1. Buat surat sumpah yang menceritakan perjalanan pergi-balik ke tempat nikah dari Malaysia. Tandatangan surat itu depan Pesuruhjaya Sumpah
  2. Dapatkan cop dari Kementerian Luar Negeri di Putrajaya
  3. Bawa surat itu bersama ke Konsulat Malaysia di Songkhla.

Surat ini perlu dibuat oleh setiap individu yang masuk tanpa pasport