Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

Halaman Utama Nikah di Thailand

Nak nikah pada hari cuti am atau hujung minggu? Tak boleh bermalam di Thailand? Telefon 010-365 8513

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Assalamu alaikum.

Saya Ridzwan. Bersama rakan saya En Saleh, kami membawa pasangan untuk nikah di Thailand, di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Kami juga boleh membantu untuk mendaftar nikah di Malaysia dengan kadar segera, sambil memenuhi undang-undang Malaysia.

Tumpuan kami adalah memberikan khidmat yang lancar dan sempurna. Bukan saja setakat mendapatkan semua dokumen dan menyediakan pengangkutan dan tempat tinggal yang selesa di Thailand, tetapi juga memberikan bantuan terbaik dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia.

Itulah sebabnya kami lakukan khidmat nikah di Thailand ini secara berpasangan: saya senantiasa di Selangor, Malaysia untuk memberi maklumat dan bantuan kepada pasangan, dan En Saleh di sempadan untuk membawa pasangan ke Songkhla.

Khidmat Nikah di Thailand

  1. Khidmat yang lengkap. Dapat semua dokumen, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla
  2. Pengangkutan yang selesa disediakan untuk semua perjalanan di Thailand
  3. Kami senantiasa bersama untuk membantu bagi semua urusan di Thailand
  4. Pernikahan cuma berlangsung di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh Konsulat Malaysia dan JAKIM
  5. Tiada deposit. Bayaran cuma dibuat di Pejabat Agama sebaik sebelum nikah
  6. Bantuan Pendaftaran Nikah. Kami memberikan khidmat nasihat untuk pendaftaran nikah di Malaysia
  7. Harga yang berpatutan. Kalau nikah di Betong atau nikah di Narathiwat, perbelanjaan tambahan akan diperlukan kemudian nanti untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla
  8. Bagi mereka yang memerlukan khidmat guaman bagi perbicaraan pengesahan nikah di Malaysia, kami ada peguam yang sangat berpengalaman dalam bidang ini.

    Kalau nak daftar cepat, tanpa masuk mahkamah, kami boleh bantu. Hubungi 0103658513

  9. Kami juga menguruskan Perceraian di Thailand

Tetapkan tarikh sendiri. Tiada had bilangan pasangan yang boleh kami bawa ke sana dalam sehari.

Kahwin Lari - Nikah di Thailand


8 Dokumen setelah nikah di Thailand

Ada 8 dokumen penting yang perlu dibawa balik:

  1. Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia
    surat pengesahan Konsulat
  2. Surat nikah yang ada cop Konsulat

    cop konsulat pada surat nikah

  3. Surat pengesahan nikah dari Pejabat Agama yang ada cop Konsulat
    cop konsulat pada surat pengesahan nikah MAIS
  4. Gambar bersama jurunikah dan saksi, disahkan oleh Konsulat
    gambar bersama saksi dan jurunikah
  5. Surat tauliah jurunikah yang disahkan oleh Konsulat
    surat tauliah jurunukah
  6. Salinan IC berdua dengan pengesahan Konsulat
  7. Salinan pasport berdua dengan pengesahan Konsulat
  8. Resit resmi dari Konsulat Malaysia
    resit Konsulat

Sebahagian Maklumbalas dari Pasangan

testimony terbaru dari pasangan yang nikah di Thailand bersama kami

testimony kedua dari pasangan dari India

testimony ketiga dari pasangan yang balik dari Thailand

testimony keempat dari pasangan selepas nikah di Siam

testimony kelima dari pasangan

testimony keenam dari pasangan

testimony ketujuh dari pasangan

Maklumat Am

salleh akan menguruskan perjalanan ke Thailand
Walau ke negara mana pun kita ziarah, pemandu terbaik ialah pemandu tempatan. Mereka lebih mampu menyelesaikan masalah dalam perjalanan di sana. Kalau kereta rosak atau berlaku kemalangan, mereka lebih mampu menyelesaikannya dan mengganti kereta dengan cepat, supaya perjalanan tak terbantut. Sebab itulah kami lantik En Salleh, penduduk Wilayah Songkhla (isterinya berasal dari Alor Setar), untuk menguruskan nikah di Selatan Thailand.

Prosedur nikah di Thailand atau kahwin lari harus mengambil kira keperluan untuk mendaftarkan perkahwinan itu bila kembali ke Malaysia selepas nikah di Thailand di tempat yang diiktiraf.

pengumuman senarai tempat nikah di Thailand yang diiktiraf

Oleh itu, nikah di Siam bukan setakat akad dan pengeluaran sijil, tetapi juga melibatkan pengesahan sijil oleh Majlis Agama Islam di Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi Selatan Thai. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thai ini diperlukan untuk pendaftaran perkahwinan nanti. Biasanya, pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong akan balik ke Malaysia tanpa surat Konsulat ini.

Ada cuma satu Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thailand bagi rakyat Malaysia yang nikah di Siam.

Jadi, mengapa nikah di Narathiwat atau Betong yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini?

Tempat terbaik untuk nikah di Thailand ialah di Songkhla dimana semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima dalam masa yang singkat. Tak perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk surat pengesahan dari Pejabat Agama. Cuma perlu semalaman untuk surat Konsulat. Tak perlu bayar harga yang tinggi. Dan kami boleh uruskan semuanya.

Lagi pun, Songkhla adalah selamat. Tak ada rusuhan.

nikah di Narathiwat atau Betong tak selamat Kawasan rusuhan: Nikah di Narathiwat, Betong atau Pattani kurang selamat.

Contoh Prosedur Nikah di Thailand

Contoh : Pasangan yang ingin kahwin di Siam itu berasal dari Selangor.

Pasangan ini boleh menaiki bas malam dari Pudu Raya untuk pergi ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam untuk sampai ke sana awal pagi

kami sediakan pengangkutan ke MAIS dari Bukit Kayu Hitam

Perjalanan bermula dari Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam

Dari sana, pasangan ini akan dibawa untuk kahwin di Thailand, di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla yang diiktiraf oleh JAKIM.

Pernikahan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Tapi, kalau ada pasangan lain, perlu menanti giliran. Selesai akad, sijil dikeluarkan. Majlis Agama Islam Songkhla juga mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.

surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla adalah penting
Surat pengesahan Konsulat diperlukan untuk mendaftar di Malaysia

Sebagai langkah mencegah sindiket palsu, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tidak lagi membenarkan rakyat Malaysia berkahwin dimana-mana tempat selain Pejabat Majlis Agama Islam di Khlong Hae, yang terletak di antara Hat Yai dan Songkhla..

Setelah mendapat pengesahan dari majlis Agama di Songkhla, pasangan akan dibawa ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia pula. Perjalanan dari Majlis Agama Songkhla mengambil masa setengah jam. Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan pada petang hari esoknya

kedudukan pejabat MAIS dan Konsulat Malaysia di Songkhla MAIS dan Konsulat Malaysia terletak berhampiran

Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, tidak di Yala atau Narathiwat, dan tak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk mengambilnya. Surat ini mesti disertakan masa permohonan pendaftaran di Malaysia nanti.

Pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong lazimnya tidak akan dibawa oleh agen ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat. Tanpa surat pengesahan Konsulat, pasangan boleh didakwa di mahkamah syariah bila balik nanti, selain susah untuk mendaftarkan pernikahan itu di Malaysia.

Segala prosedur nikah di Thailand di MAIS insya Allah akan selesai selewatnya tengah hari. Ada masanya, proses di MAIS lewat sedikit disebabkan terlalu ramai pasangan yang datang pada hari yang sama atau masalah lain di MAIS. Keadaan ini jarang berlaku, tapi kalau terjadi, pasangan perlu bersedia untuk berada di sana sehari lagi dengan sedikit kos tambahan, atau datang semua kemudian nanti untuk mendapatkan surat Konsulat. Tapi, biasanya urusan di MAIS dan Konsulat boleh selesai lebih kurang tengah hari. Selepas itu, pasangan bebas untuk membeli-belah, bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai, atau berehat di hotel.

Pada hari berikutnya, kami akan jemput dari hotel untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat dan seterusnya kembali ke Bukit Kayu Hitam.

Membawa jurunikah Siam ke Malaysia

Ada agen yang membawa orang Siam ke Malaysia untuk menjadi jurunikah kepada pasangan Malaysia yang ingin nikah di sempadan (dalam kawasan Malaysia).

Sila maklum bahawa pernikahan itu tidak sah, sebab wali/jurunikah itu tidak bertauliah di Malaysia (dan besar kemungkinan tidak bertauliah juga di Thailand), walau pun mereka mengeluarkan surat nikah Thailand. Jurunikah atau wali hakim perlu dilantik oleh kerajaan di mana pernikahan itu berlangsung.

Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand 2017

  1. Kad Pengenalan

  2. Pasport atau Pas Sempadan

    Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga RM200 untuk tempoh 5 tahun.

    Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk Perlis, Kedah, Kelantan dan tiga daerah di Utara Perak. Penduduk lain di Perak dan penduduk negeri-negeri lain perlukan pasport antarabangsa.

    Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini.

  3. Bagi janda/balu:

    Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.

    Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Majlis Agama Islam di Thailand tidak akan menikahkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.

    Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.

  4. Pemegang Permit Kerja:

    Warga asing pemegang permit kerja di Malaysia tak layak mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, tapi boleh nikah di Thailand. Kalau boleh, tunggu sampai permit kerja dah tamat tempoh dan warga asing berkenaan menggunakan visa pelawat sahaja.

  5. Bagi polis atau tentera:

    Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu. Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah selepas nkah di Thailand bagi polis dan tentera.

  6. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):

    Semak dari Kedutaan Siam, tak kira di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.

Tentang Kami

Berikut ialah sedikit maklumat tentang saya:

Kalau inginkan maklumat tentang nikah di Thailand atau kalau ada masalah yang ingin dibincangkan atau kalau inginkan bantuan mengisi afidavit masa pendaftaran nikah nanti atau kalau inginkan kepastian bahawa kami bukan sindiket nikah palsu, marilah kita berjumpa di Subang Jaya. Saya akan tunjukkan surat asal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla dan Majlis Agama Islam Satun membenarkan saya membawa pasangan untuk nikah di sana.

Memang banyak sindiket nikah palsu di sempadan sana. Eloklah berhati-hati dalam memilih agen.

Rakan saya En Salleh adalah rakyat Thai yang menetap di Danok, Songkhla. Dialah yang mengendalikan semua urusan nikah di Thailand. Songkhla adalah tempat dia. Kalau timbul apa-apa masalah di sana (contoh: kereta rosak), insya Allah dia boleh menyelesaikannya dengan mudah berbanding agen dari Malaysia. Saudara-mara dan rakan2 dia ramai di sana. Mudah bagi dia untuk mendapatkan bantuan.

Sebelum memilih agen untuk nikah di Thailand, kajilah dulu semua fakta secara keseluruhan.

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan, isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Kahwin di Thailand!