cincin perkahwinan

Hukum Berkahwin dengan Wanita Hamil Luar Nikah

hukum berkahwin dengan wanita hamil luar nikah

<

Harga Pakej Kahwin Di Thailand : RM1,x00 Blog Kahwin di Thailand


Mengahwini Perempuan yang Hamil Luar Nikah

Sering dipersoalkan sah atau tidak berkahwin dengan perempuan hamil, khususnya hukum mengahwini seorang wanita yang hamil luar nikah, dan jawapan yang diberikan berbeza-beza. Tapi, sebagai rakyat Malaysia, kita harus ikut apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan tentang persoalan mengandung anak zina ini.

Secara ringkas, sesuai dengan pandangan mazhab Syafie, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa perempuan yang hamil luar nikah harus dikahwinkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Fatwa ini menggabungkan dua keadaan yang berbeza dari segi pasangan (lelaki) yang dikahwini:

  • Hukum perkahwinan wanita yang mengandung anak zina dengan lelaki yang berzina dengannya
  • Hukum perkahwinan wanita yang mengandung anak zina dengan lelaki selain dari yang menyebabkan wanita itu hamil
Fatwa yang dikeluarkan itu menyentuh tentang hukum yang sama bagi kedua-dua keadaan, tapi tidak menyentuh tentang perbezaan yang wujud dalam dua keadaan ini.

Oleh itu, elok kita lihat pandangan ulama tentang perbezaan dalam dua keadaan ini.

Secara amnya, ulama berpendapat bahawa pasangan zina boleh berkahwin dengan wanita itu dan seterusnya melakukan hubungan senggama dengannya setelah berkahwin

Perkahwinanan antara pasangan yang terlibat adalah baik, sebab anak yang bakal lahir akan menjadi anak tiri kepada lelaki berkenaan (ayah sebenarnya), dan mereka masih boleh hidup bersama dalam satu keluarga, walau pun tak berhak antara satu sama lain, seperti yang dinyatakan dalam fatwa di atas.

Bagi lelaki yang bukan pasangan zina perempuan itu, masih boleh berkahwin dengannya, tapi tak boleh senggama dengannya sehingga bayi telah lahir.

Ini berdasarkan beberapa hadith, contohnya yang bermaksud seperti berikut: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain". (Iaitu menyetubuhi wanita yang mengandung bukan dari benihnya). (riwayat Abu Daud dan juga oleh al-Tirmizi yang menghukumkannya berdarjat hasan).

Syarat ini (tak boleh senggama) boleh menjadi agak berat bagi pasangan yang mempunyai nafsu yang normal. Mampukah mereka mengatasi cababaran yang bakal dihadapi: sering bersama, tidur pun bersama, tapi tak boleh senggama.

Oleh itu, pasangan yang bukan pasangan zina kepada wanita yang hamil luar nikah harus berfikir baik-baik sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin sebelum bayi lahir. Mungkin lebih baik menunggu sampai bayi dah lahir, baru kahwin. Dan pastikan pezina itu telah betul-betul bertaubat sebelum menjadikan dia isteri yang sah, sebab hukum perkahwinan orang beriman dengan pezina ialah haram. Kalau dia dah bertaubat, dia bukan lagi pezina dan boleh dikahwini.


arah kiri Kahwin di Thailand Anak Tak Sah Taraf arah kanan

Suka Sama Suka

Copyright © 2010-2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.

Search Engine Optimization by ACDRA Web Design and SEO Malaysia