Maksud, Cara & Hukum Nikah Gantung Menurut Islam
Dah berpasangan tapi belum boleh nikah di Malaysia? Halalkan hubungan. Mari nikah gantung di Thailand. Bila bersedia nanti, nikah sekali lagi di Malaysia.
Dah berpasangan tapi belum boleh nikah di Malaysia? Halalkan hubungan. Mari nikah gantung di Thailand. Bila bersedia nanti, nikah sekali lagi di Malaysia.
Nikah Gantung atau Nikah Khitbah adalah gelaran nikah biasa di mana pasangan belum mengadakan walimatul urus atau kenduri kahwin dan belum bersatu atau tinggal serumah atas sebab-sebab tertentu dan atas persetujuan mereka berdua.
Syarat dan proses nikah gantung adalah sama dengan syarat perkahwinan dalam Islam yang biasa. Syarat wali dan saksi pun adalah sama dengan nikah biasa. Lafaz akad nikah pun adalah sama dan sijil kahwin akan diperolehi selepas kahwin.
Pasangan yang nikah gantung boleh tidur bersama dan mengadakan hubungan seks, tapi, bila ini berlaku, isteri boleh menuntut haknya, seperti hak kepada tempat tinggal, ditanggung makan-minum dan sebagainya. Namun begitu, isteri juga boleh melepaskan suami dari tanggungjawab ini sehingga masa tertentu. Contohnya, bagi pasangan pelajar, sehingga dah bekerja.
Istilah nikah gantung atau nikah khitbah tidak wujud dalam Islam. Namun begitu, hukumnya, menurut Islam, adalah harus. Nikah gantung biasanya tidak dirahsiakan dari keluarga atau masyarakat. Sebaliknya, dilakukan dengan persetujuan keluarga. Akad nikah berlangsung dengan izin wali. Kalau nikah tanpa pengetahuan ibu bapa atau wali atau kerajaan, maka pernikahan itu lebih sesuai dipanggil Nikah Siri.
Hubungi 010-365 8513 untuk nikah di Thailand
Khitbah bermaksud pertunangan. Nikah khitbah menyerupai pertunangan kerana pasangan tidak duduk serumah. Tapi nikah khitbah atau nikah gantung adalah perkahwinan yang memenuhi syarat pernikahan yang biasa (maka hukum nikah khitbah adalah sah), cuma belum diadakan kenduri kahwin dan pasangan masih duduk berasingan. Nikah gantung boleh dianggap sebagai suspended marriage atau pernikahan yang digantung sementara tanggungjawab dan hak tertentu pasangan yang telah berkahwin. Nikah begini amat sesuai bagai pasangan yang kahwin muda, seperti sepasang pelajar atau pasangan yang tinggal berjauhan buat sementara waktu.
Pasangan yang bertunang cara biasa masih perlu menjaga had-had pergaulan sebab hubungan mereka belum sah. Tapi pasangan yang telah kahwin gantung adalah pasangan suami isteri yang sah.
Bajet nikah gantung sudah tentu saja rendah berbanding perkahwinan biasa disebabkan belum ada kenduri kahwin. Ini salah satu sebab perkahwinan cara ini harus digalakkan bagi golongan yang belum mampu untuk berkahwin seperti biasa.
Nikah khitbah bukan nikah yang dirahsiakan. Sekiranya berlangsung tanpa pengetahuan ibu bapa, maka ia tergolong dalam Nikah Siri, dari perkataan Arab, sirri yang bermaksud rahsia. Pasangan yang nikah siri akan merahsiakan pernikahan mereka dari Pejabat Agama atau dari keluarga, terutamanya wali pengantin perempuan. Pasangan yang kahwin gantung tidak merahsiakan perkahwinan mereka.
Walaupun tiada istilah nikah gantung atau kahwin khitbah dalam Islam, ia memenuhi semua syarat-syarat sah nikah, maka hukum nikah gantung adalah sah.
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pasangan pengantin yang sudah berkahwin (gantung) tapi tak boleh dilakukan oleh pasangan yang cuma bertunang. Di antaranya:
Sering kita lihat pasangan yang bertunang pergi berdua ke sana-sini tanpa larangan. Disebabkan mereka telah bertunang, keluarga mengizinkan mereka berdua. Tapi, pasangan yang bercinta begini tinggi risiko akan melakukan sesuatu yang hanya dibenarkan untuk pasangan suami-isteri. Inilah salah satu keburukan bertunang. Sebaliknya, pasangan yang telah nikah khitbah boleh bersetubuh secara halal. Tak ada halangan dari hukum syarak. Dan tiada keburukan kahwin khitbah berbanding bertunang.
Cara nikah khitbah yang memenuhi semua syarat sah nikah dan rukun nikah menjadikannya pernikahan yang sah.
Kahwin khitbah mematuhi rukun nikah:
Yang membezakan nikah khitbah dari perkahwinan biasa ialah pasangan tidak tinggal bersama dan kenduri kahwin tidak diadakan sehingga pasangan bersedia untuk tinggal bersama seperti pasangan lain, atau berlaku senggama diantara mereka.
Apabila salah satu yang di atas berlaku, pernikahan itu bertukar menjadi pernikahan biasa.
Dalam pada itu, pernikahan di mana pasangan tidak tinggal bersama dengan persetujuan berdua, tetapi mereka melakukan senggama, dipanggil nikah misyar. Perkahwinan misyar pun memenuhi syarat-syarat sah nikah tapi ada perjanjian tertentu antara suami dan isteri. Nikah misyar sering berlaku dalam poligami dimana isteri pertama tidak diberitahu tentang kehadiran isteri kedua dan isteri kedua menerima bahawa suaminya tak perlu bermalam dengannya, atau menyediakan tempat tinggal dan sebagainya untuknya.
Oleh kerana perkahwinan ini memenuhi semua syarat sah nikah, maka hukumnya ialah sah.
Rasulullah dan Aisyah pun telah melangsungkan pernikahan khitbah untuk tempoh selama hampir 3 tahun. Maka ini membuatkan hukum kahwin khitbah bukan saja sah, tetapi juga sunnah.
Ada pula pasangan yang dah lama berkahwin, dah tinggal bersama dan hidup seperti pasangan suami-isteri lazimnya, tetapi disebabkan masalah antara bedua, mereka berpisah tanpa talak. Mereka tidak bercerai tapi mereka tak tinggal bersama, tak melakukan persetubuhan dan mungkin langsung tak bertegur sapa antara berdua. Ini selalu disebut sebagai gantung tak bertali terhadap isteri dan tak ada kena-mengena dengan pernikahan gantung.
Kadar kelahiran anak tak sah taraf di Malaysia pada masa ini melebihi seorang setiap 10 minit. Sekiranya pasangan yang terlibat sudah berkahwin, maka anak yang lahir adalah anak sah taraf.
Pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin dan tinggal bersama seperti suami-isteri lazimnya, berhadapan dengan dua dorongan terhadap zina. Pertama, godaan nafsu sendiri. Kedua, godaan syaitan. Tapi, kalau mereka telah berkahwin, maka godaan syaitan sudah tiada dan mereka hanya perlu mengawal nafsu. Dan kalau mereka gagal mengawal nafsu pun, tak mengapa, sebab mereka sudah pun berkahwin secara sah.
Seruan saya kepada golongan remaja: Kalau sudah mula merasakan susah untuk mengawal diri dari melakukan zina, tapi belum mampu untuk hidup berumah-tangga, pilihlah untuk kahwin khitbah sebelum berlaku zina.
Zina adalah dosa besar. Melahirkan anak tak sah taraf bukan saja memalukan diri sendiri, tapi juga memalukan keluarga dan menganiaya anak tak sah taraf itu sendiri. Bagaimana untuk menjelaskan kepada anak itu tentang namanya yang tidak berbin atau binti kepada ayahnya? Bagaimana untuk menjelaskan kepada anak perempuan mengapa ayahnya tak layak menjadi walinya?
Kalau belum boleh hidup bersama dengan pasangan, pilihlah untuk kahwin khitbah, bukan berzina.
Kalau susah untuk kahwin di Malaysia, mari bersama kami ke Majlis Agama Islam Songkhla dan kahwin di sana. Kami menyediakan pakej perkahwinan lengkap, murah, sah disisi agama dan diiktiraf di Malaysia. Hukum nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali adalah sah jika pernikahan berlangsung di Pejabat Agama di sana yang jaraknya lebih dari dua marhalah dari tempat wali berada waktu nikah berlangsung.
Majlis perkahwinan akan berlangsung di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pasangan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat. Ramai pasangan Malaysia yang memakai baju Melayu dan baju kurung untuk nikah di sana.
Pasangan yang berkahwin di sana akan balik dengan dokumen lengkap yang disahkan oleh Konsulat Malaysia (kedutaan kecil Malaysia) di Songkhla, supaya sijil itu diiktiraf di Malaysia.