Sebelum nikah dengan warga asing, tamatkan permit kerja, kalau ada, supaya boleh mohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Nikah dengan Warga Asing Pemegang Permit Kerja

Kalau nikah dengan warga asing pemegang permit kerja, surat nikah tak akan disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Akibatnya, surat nikah itu tak diiktiraf di Malaysia dan nikah itu tak boleh didaftarkan di Malaysia.

Lagi pun, biasanya Kedutaan Thailand tak akan bagi visa untuk masuk ke Thailand bagi pemegang permit kerja (kecuali warga ASEAN)

Untuk mengatasi masalah ini, tamatkan dulu permit kerja itu dan pulang ke negara asal melalui KLIA. Permit kerja akan dimatikan oleh Pegawai Imigresen Malaysia di KLIA.

Setelah sampai ke negara asal, mohon visa pelancong daripada Kedutaan Thailand di sana, kemudian terus pergi ke Thailand untuk nikah. Kemudian dapatkan pengesahan nikah dan spouse visa dari Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian masuk semula ke Malaysia melalui KLIA.

Warga asing pemegang spouse visa boleh bekerja di Malaysia tanpa permit kerja.

Kalau warga ASEAN, tetapi susah untuk tamatkan permit kerja (contohnya majikan tak mahu tamatkan), masih boleh nikah di Thailand, dan pergi semula ke Thailand untuk mendapatkan pengesahan Konsulat selepas tamat permit nanti. Tapi, dalam masa selepas nikah dan sebelum pergi semula ke Thailand untuk mendapatkan pengesahan Konsulat, surat nikah tak diiktirtaf di Malaysia. Maka perlulah berhati-hati supaya tidak ditahan dan didakwa oleh pencegah maksiat.

 

Keperluan Visa untuk Warga Asing

Bergantung kepada negara asal, warga asing yang ingin nikah di Thailand mungkin memerlukan visa sebelum masuk ke Thailand. Berikut adalah senarai keperluan visa untuk masuk ke Thailand mengikut negara. Warga Malaysia, yang bercadang untuk nikah dengan warga asing di Thailand, dinasihatkan untuk bertanya kepada Kedutaan Thailand di Jalan Ampang samada pasangan mereka memerlukan visa atau tidak. Senarai berikut mungkin telah berubah.

1. Warga Asing yang Tidak Memerlukan Visa

Mengikut maklumat yang ada pada kami, warga asing pemegang pasport dari negara-negara berikut tidak memerlukan visa untuk memasuki Thailand. Sila semak dengan Kedutaan Thailand untuk senarai yang terkini.

Australia
Argentina
Austria
Bahrain
Belgium
Brazil
Brunei
Cambodia
Canada
Chile
Czech Republic
Denmark
Estonia
Finland
France
Germany
Greece
Hong Kong
Hungary
Iceland
Israel
Italy
Japan
Korea Selatan
Kuwait
Laos
Leichtenstein
Luxembourg
Macau
Malaysia
Monaco
Mongolia
New Zealand
Norway
Oman
Peru
Poland
Portugal
Qatar
Russia
Singapore
Slovak
Slovenia
South Africa
Spain
Sweden
Switzerland
Netherlands
Philippines
Turkey
UAE
UK
USA
Vietnam

2. Visa setiba di Thailand

Mengikut maklumat yang ada pada kami, warga asing pemegang pasport dari negara-negara berikut boleh memohon visa sebaik tiba diThailand. Sila semak dengan Kedutaan Thailand untuk senarai yang terkini.

Andora
Bulgaria
Bhutan
China
Cuprus
Ethiopia
India
Kazakhstan
Latvia
Lithuania
Maldives
Malta
Mauritius
Romania
San Marino
Saudi Arabia
Taiwan
Ukraine
Uzbekistan

3. Visa dari Kedutaan Thailand

Warga asing pemegang pasport dari negara yang tidak tersenarai di atas perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Thailand di negara masing-masing sebelum pergi ke Thailand..

Berikut ialah sebahagian dari negara yang memerlukan visa dari Kedutaan Thailand di negara masing-masing. Banyak lagi negara yang tak disenaraikan di sini:

Bangladesh
Egypt
Ethiopia
Iraq
Iran
Jordan
Korea Utara
Lebanon
Libya
Morocco
Myanmar
Nepal
Nigeria
Pakistan
Palestin
Sudan
Syria
Uganda
Yemen

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan nikah di Thailand isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!