cincin poligami setelah kahwin lagi dengan isteri kedua

Poligami
Kahwin Lagi
Isteri Kedua

kad jemputan kahwin lagi dengan isteri kedua

Kami tidak menggalakkan poligami atau kahwin lagi dengan isteri kedua di Thailand. Usahakanlah untuk kahwin di Malaysia. Jadikan kahwin lari dan poligami di Thailand sebagai usaha terakhir





Cara Nikah di Thailand | Mengapa Pilih Kami | Hubungi Kami
Poligami Tanpa Kebenaran | Wali Enggan | Nikah Gantung, Nikah Khitbah | Nikah Hamil
        

Keselamatan Selatan Siam | Sindiket Palsu Nikah di Thailand

Keadilan suami dalam Poligami

Poligami dibenarkan dalam Islam bagi lelaki yang yakin mereka mampu berlaku adil dan mampu memberikan nafkah secukupnya kepada setiap isteri dan anak mereka. Surah An Nisaa ayat 3 memberi kebenaran untuk kahwin lagi dengan isteri kedua, ketiga atau keempat: maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan: dua, tiga atau empat.

Tetapi ayat yang sama juga menyebut, yang bermaksud, Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka seorang sahaja.

pasangan sedang melangsungkan pernikahan di MAIS

Syarat ini dijelaskan lagi dalam ayat 129 surah yang sama, yang bermaksud:

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh; oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung; dan jika kamu memperbaiki, dan memelihara diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Apa yang dapat kita fahami dari ayat-ayat diatas ialah: sebelum kahwin lagi, dengan isteri kedua dan seterusnya, suami harus menilai dulu kemampuannya untuk bersikap adil terhadap semua isteri-isterinya, dan harus mempunyai kesungguhan yang berterusan untuk berusaha bersikap adil terhadap mereka.

Kalau dirasakan tak mampu untuk benar-benar berusaha untuk adil, lebih baik batalkan saja hajat untuk kahwin lagi. Contohnya, kalau giliran bermalam yang adil tak dapat dilaksanakan dan isteri kedua cuma boleh ditemui dua tiga jam, kemudian perlu balik ke rumah isteri pertama, lebih baik batalkan saja hajat untuk poligami.


kahwin lari Fatwa Perkahwinan Asing arah kanan

eXTReMe Tracker

Web Design & SEO Malaysia
Suka Sama Suka

Copyright © 2010-2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.