Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Cina Buta dan Hukumnya

Nikah Muhallil atau cina buta adalah kahwin kontrak dengan ciri-ciri berikut:

Apabila berlaku semua yang di atas, kahwin cina buta telah berlaku. Hukumnya adalah haram, batil, tidak sah dan tidak membolehkan janda itu nikah semula dengan suami pertamanya. Suami-suami yang terlibat merancang pernikahan cina buta ini dilaknat oleh Nabi dan Tuhan.

Khalifah Omar Al Khattab mengenakan hukuman rejam kepada mereka yang nikah cina buta.

 

Maksud Cina Buta

Lelaki yang menyediakan khidmat Cina buta atau muhallil adalah seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang janda yang telah bercerai talak tiga, dengan niat untuk membolehkan janda itu berkahwin semula dengan bekas suaminya.

Nikah cina buta tak berlaku macam nikah gantung, di mana persetubuhan tidak berlaku. Persetubuhan adalah syarat utama dalam perkahwinan cina buta.

Ibadat yang terbatal

Ada banyak ibadat yang mempunyai syarat yang tak disebut dalam niat atau lafaz niat, tapi, kalau dilakukan, membuatkan ibadat itu terbatal.

Contohnya, dalam solat, kalau kita bercakap dengan orang atau kita makan, solat kita terbatal.

Dalam puasa, kalau kita makan, maka puasa kita terbatal.

Begitu juga bila satu pasangan nikah, kemudian suami menceraikan isterinya dengan niat untuk membolehkan isterinya nikah semula dengan suami sebelumnya, maka nikah itu terbatal dan tidak dikira nikah yang sah. Maksudnya, nikah itu tak membolehkan janda itu kembali kepada bekas suaminya.

Hadith dan Fatwa berkaitan Cina Buta

Ada banyak hadith dan fatwa ulama yang melarang dan mengharamkan nikah kontrak secara cina buta. Berikut adalah tiga daripadanya.

  1. Dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu anhu, ia berkata:

    Rasulullah s.a.w melaknat al-Muhallil (lelaki yang menjadi cina buta) dan al-Muhallal lahu (suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak tiga, kemudian berpakat dengan cina buta)

    (Sunan Abi Dawud (VI/88, no. 2062), Sunan Tirmidzi (II/294, no. 1128), Sunan Ibnu Majah (I/622, no. 1935))

  2. Seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar r.a,

    "Apa pendapat anda jika saya menikahi seorang wanita untuk menjadikannya halal bagi suaminya terdahulu, sedangkan si suami tidak menyuruh saya untuk menikahinya, malah tidak mengetahuinya?"

    Ibnu Umar menjawab, "Jangan, kecuali jika kamu menikahinya kerana suka kepadanya (bukan dengan niat nak nikah cina buta). Jika wanita itu menarik hatimu, kamu boleh mengekalkannya dan jika tidak, kamu boleh menceraikannya.

    Kami menganggap perbuatan seperti itu pada masa Rasulullah sebagai perbuatan zina!

    (Diriwayatkan oleh Thabrani, Hakim (2/199) dan Baihaqi (7/208) )

  3. Ibrahim an-Nakha'i berkata,

    "Jika niat salah satu dari tiga orang, suami yang pertama, suami yang terakhir, atau wanita itu adalah untuk "tahlil" maka pernikahan yang terakhir itu batal (tidak sah), dan wanita itu tetap tidak halal untuk suaminya yang pertama"

    (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (4/295) dan Sa'id bin Manshur (1994)).

    Pahala dan Dosa

    Islam adalah agama penyayang.

    Kalau kita berniat untuk melakukan kebaikan, kita dapat pahala. Bila kita lakukan kebaikan yang kita niatkan itu, kita dapat pahala tambahan.

    Sebaliknya, kalau kita berniat untuk melakukan keburukan, kita tak dikenakan dosa. Bila kita lakukan keburukan itu, barulah kita berdosa.

    Begitu pula dengan nikah cina buta. Selagi suami kedua cuma berniat untuk menceraikan isterinya untuk membolehkan isterinya nikah semula dengan suami lama, tidak ada dosa yang menimpanya. Tapi, kalau dia ceraikan isterinya untuk membolehkan isterinya nikah semula dengan suami lama, barulah jatuh dosa keatasnya dan keatas suami pertama yang merancang atau menyetujui nikah tahlil itu berlaku.

    Dosa nikah tahlil adalah berat, sehingga dilaknat oleh Allah dan Rasulullah. Dan kalau dah dilaknat, tunggu sajalah balasan Allah.

    Sayidina Omar, khalifah Islam yang ke-2 telah berkata,

    "Tidak dibawa kepadaku muhallil (suami kedua) atau muhallal lahu (suami pertama) melainkan akan aku rejam kedua-duanya".

    Begitulah beratnya dosa nikah cina buta, sehingga dihukum sama seperti orang yang berzina.

    Jangan cuba tipu Tuhan

    Yang penting adalah niat untuk bercerai yang kemudiannya dilaksanakan, walau dengan cara apa sekali pun.

    Ada orang yang menggunakan berbagai helah sebagai usaha nak menghalalkan yang haram - nak membolehkan janda berkahwin semula dengan suami yaang menjatuhkan talak tiga terhadapnya.

    Tebus Talak

    Di antaranya, bakal suami cina buta mencadangkan kepada janda : "Kita kahwin. Kemudian, kita bersetubuh. Kemudian, awak tuntut cerai tebus talak dari saya. Awak bayar saya dan saya ceraikan awak untuk berkahwin semula dengan suami asal".

    Bijak betul cadangan dia. Seks dia dapat, duit pun dia dapat. Tapi, dia lupa kepada balasan pedih yang menanti di akhirat.

    Cara ini tidak menghalalkan pernikahan semula perempuan itu dengan suami asal, sebab ada niat dari awal untuk nikah, kemudian bercerai untuk membolehkan perempuan itu nikah semula dengan suami asal, dan niat itu dilaksanakan.

    Isteri yang Derhaka

    Ada perempuan yang diceraikan talak tiga, kemudian ingin bersama kembali dengan bekas suaminya, maka janda itu, tanpa pengetahuan bekas suaminya, memujuk seorang lelaki lain untuk berkahwin dengannya. Lelaki itu bersetuju. Mereka berkahwin dan melakukan senggama. Suami baru itu menganggap perkahwinan mereka seperti perkahwinan biasa, tanpa ada niat untuk bercerai.

    Tapi, selepas berkahwin, perempuan itu derhaka kepada suami sehingga suami menceraikannya. Suami tidak menceraikan untuk membolehkan perempuan itu nikah semula dengan suami asalnya, tapi kerana suami baru itu sudah tak sanggup mempunyai isteri yang nusyuz.

    Sesudah itu, perempuan itu berkahwin semula dengan suami asalnya (selepas tamat iddah).

    Dalam kes ini, tak ada niat dari suami asal atau suami kedua untuk merancang pernikahan diikuti oleh perceraian. Yang merancang semuanya adalah isteri. Menurut sesetengah ulama seperti Ibrahim An-Nakha'i (lihat di atas), Hasan al-Bashri dan lain-lain, nikah ini pun adalah nikah cina buta yang tidak sah dan tidak membolehkan perempuan itu nikah semula dengan bekas suaminya.

    Yang nyata, perbuatan perempuan itu derhaka kepada suami kedua adalah berdosa. Menurut hadith, Rasulullah pernah berkata, yang bermaksud, "Tidaklah seorang perempuan menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya" (HR Ahmad dan Ibnu Majah). Maksudnya, kalau derhaka kepada suami, ibadatnya kepada Tuhan tak diterima. Selain itu, ada beberapa hadith lagi yang menyatakan bahawa ramai wanita yang dihumban ke neraka disebabkan derhaka (nusyuz) kepada suami.

    Cara nikah yang dibenarkan

    Pasangan yang bercerai talak tiga tak ada cara untuk nikah semula, kecuali perempuan itu telah menikahi lelaki lain, mereka tiada niat untuk nikah cina buta dan kemudian suami barunya menceraikannya, juga tanpa niat untuk membolehkan perempuan itu nikah semula dengan suami asalnya. Maksudnya, pernikahan dan perceraian yang biasa, yang tak sedikit pun mengambilkira suami asal perempuan itu.

    Nikah kontrak cina buta, sama macam nikah mut'ah, adalah diharamkan dan mengundang balasan pedih di akhirat nanti

    Ada soalan atau kemusykilan?

    Sekiranya ada pertanyaan berkaitan nikah di Thailand atau cerai di Thailand isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat.





    Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!