jangan hukum anak luar nikah

Anak Luar Nikah

masalah hamil anak luar nikah
<
Cara Nikah di Thailand | Mengapa Pilih Kami | Hubungi Kami
Poligami Tanpa Kebenaran | Wali Enggan | Nikah Gantung, Nikah Khitbah | Nikah Hamil

Perkahwinan Wanita Hamil Luar Nikah Blog Kahwin di Thailand



Takrif Anak Luar Nikah

Anak luar nikah, atau anak tak sah taraf, ialah gelaran bagi anak yang dilahirkan dalam keadaan berikut:

  1. Bayi yang dilahirkan tanpa ibu-bapanya berkahwin, sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui persenyawaan cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara'.
  2. Bayi yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan selepas berkahwin dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat.
  3. Bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara' bahawa bayi tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara'.

Hukum Anak Luar Nikah

Sesetengah orang melemparkan berbagai hukum terhadap manusia yang tak bersalah ini. Kononnya mereka jijik dan tak boleh disentuh, dan tak sesuai dikahwini. Ada pula yang berkata anak zina yang lelaki tak boleh menjadi imam dan tak boleh mewalikan anaknya sendiri. Macam-macam cemuhan dilemparkan terhadap mereka. Rendah betul taraf mereka di mata sebahagian masyarakat.

Semua ini adalah salah! Jangan hukum anak luar nikah yang tak berdosa!

Yang bersalah ialah ibu bapa mereka (dalam kes rogol, cuma bapa mereka yang bersalah). Mereka tak boleh dipersalahkan atas kesalahan ibu bapa mereka, sesuai dengan ayat Quran yang bermaksud

"Dan seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dosanya) memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari saudara terdekat". (Faathir 35:18)

Hentikan memandang rendah terhadap mereka yang tak bersalah ini!

Penamaan Anak Tak Sah Taraf

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah memutuskan bahawa anak tak sah taraf sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

Tambahan: Bayi yang dilahirkan lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh pasangan itu diakadnikahkan ialah anak sah taraf. (Tarikh Keputusan: 2 Jan, 2001)

Perbuatan ibu bapa yang berkahwin, kemudian back date tarikh perkahwinan dalam surat nikah (melalui sindiket perkahwinan haram), semata-mata untuk bin atau bintikan anak zina kepada nama ayahnya, adalah perbuatan yang menyalahi hukum.

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan anak tak sah taraf atau nikah waktu hamil, isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
 

Nama:*

Telefon:*

PASTIKAN EMEL ANDA BETUL!!
Emel:*

Soalan/Kemusykilan anda




 

arah kiri Kahwin di Thailand Hubungi Kami arah kanan

Suka Sama Suka

Copyright © 2010-2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.

Search Engine Optimization by ACDRA Web Design and SEO Malaysia