cincin kahwin di Thailand

Agen Kahwin di Thailand
Nikah di Thailand






pakej nikah di thailand

Soalan Lazim

Latar belakang Agensi kami Kami adalah agen kahwin di Thailand, dengan gabungan 2 individu yang mengutamakan etika dan profesionalisma dalam semua urusan. Kami mempunyai agihan kerja yang jelas dan lengkap, dan kami tidak menggunakan khidmat mana-mana agen nikah lain pada bila-bila masa. Kami membawa sendiri pasangan ke Thailand untuk nikah di sana.
Adakah sah Kahwin di Thailand ? Sah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002. Lihat disini
Kalau wali tak izinkan? Wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya jika pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak. Kalau wali enggan sedangkan pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak, maka wali hakim boleh menikahkan. Lihat ulasan JAKIM
Usia paling muda boleh nikah di Thailand? Perempuan: 16 tahun
Lelaki: 17 tahun
Tempat Nikah Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) di Hat Yai. Rakyat asing yang ingin nikah di Songkhla tidak dibenarkan nikah di tempat lain
Adakah ini sindiket palsu Ini bukan sindiket palsu. Pernikahan berlangsung di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla sendiri oleh jurunikah bertauliah. Rakyat Songkhla beragama Islam pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama.

Selain surat nikah, pasangan akan menerima surat pengesahan nikah dari MAIS dan akan dibawa ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat. Pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah pengesahan dari wakil Kerajaan Malaysia di Siam.

Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama dan tidak akan menghantar anda ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan.

Dan sindiket palsu tidak akan memaparkan alamat mereka dalam blog atau laman web mereka.

Bila boleh pergi? Bila-bila pun boleh. Bagi kami notis dalam sehari pun dah cukup. Tapi, Konsulat Malaysia tutup pada hari Sabtu dan Ahad, dan pada hari Cuti Am. Lihat Senarai Cuti Am Thailand 2012
Masa yang diperlukan Surat nikah boleh didapati dalam masa beberapa jam sahaja. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia memerlukan sehari dan akan didapati pada hari berikutnya
Dokumen yang perlu dibawa Kad pengenalan dan pasport. Penduduk sempadan (Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan) boleh menggunakan pas sempadan kalau tak ada pasport. Untuk senarai dokumen lain, Lihat disini
Harga untuk khidmat ini RM1,X00 sepasang. Ada perbezaan harga bergantung kepada keadaan sebenar. Hubungi kami untuk harga yang tepat.

Panduan Nikah di Thailand

Suka Sama Suka

Copyright © 2010-2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.