Bermasalah untuk nikah di Malaysia? Mari nikah di Pejabat Agama yang diiktiraf di Thailand
Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Jawatankuasa Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ialah badan utama yang mengeluarkan fatwa di Malaysia. Kalau memerlukan fatwa tentang sesuatu perkara (contohnya nikah di Thailand sah atau tidak, hukum nikah semasa hamil dan sebagainya), pandangan Jawatankuasa inilah yang patut dicari, bukan pandangan mana-mana individu atau ustaz.

Fatwa dari sekumpulan ulama terbaik adalah jauh lebih tepat dari pandangan mana-mana individu (selain Nabi).

Keahlian Jawatankuasa ini terdiri dari:

 

Hukum Nikah di Thailand Sah atau Tidak

Hukum nikah di luar negara, termasuk kahwin di Thailand adalah sah dengan syarat :

  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

(Kiraan jarak Dua Marhalah: Dua marhalah ialah jarak empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.)

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52

Tarikh Keputusan : 1 Julai 2002

Tarikh Muzakarah : 1 Julai 2002 hingga 1 Julai 2002

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hukum Kahwin Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

Hukum Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Tidak Sah Taraf

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Tidak Sah taraf. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak tidak sah taraf harus dinikahkan tetapi dengan syarat anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Berpandukan fatwa di atas, tidak perlu diragui lagi bahawa hukum nikah di Thailand, seperti di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, ialah "sah".

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan nikah di Thailand isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!