Izin Pejabat Agama
Sebaik-baiknya, pasangan yang ingin kahwin di Thailand atas apa-apa sebab (termasuk tak mendapat izin wali atau tak mendapat izin poligami dari isteri) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk nikah di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran berpoligami (jika ingin berpoligami tapi tak mendapat izin isteri), mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.
Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran, proses pendaftaran kahwin di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.
Sebaliknya, sekiranya berkahwin di Siam tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti
- Berkahwin diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
- Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
- Mendaftarkan nikah selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
Mendaftarkan Nikah Siam
Pendaftaran nikah Siam (atau lain-lain negara) hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah. Selagi Mahkamah Syariah tidak memberi pengesahan, pernikahan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia dan pasangan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang syariah Malaysia sebagai pasangan yang telah berkahwin. Kesannya agak berat. Contohnya, anak yang lahir melalui perkahwinan ini akan menghadapi kesukaran untuk didaftarkan dengan JPN dan susah untuk mendapatkan surat beranak. Selain itu, apa-apa masalah dalam perkahwinan ini tak boleh dibawa ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah.
Pendaftaran nikah di Malaysia nanti akan memerlukan dokumen yang cukup untuk meyakinkan hakim bahawa pernikahan di Siam itu adalah sah. Surat nikah, surat dari Majlis Agama Songkhla dan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla adalah diantara dokumen penting untuk membuktikan bahawa pernikahan itu adalah sah.
Daftar Nikah Asing - Proses dan Dokumen
Sila lihat dua halaman berikut untuk maklumat lanjut:
|