Nikah di Perlis
Kahwin di Perlis


Cara Nikah di Thailand | Mengapa Pilih Kami | Hubungi Kami
Poligami Tanpa Kebenaran | Wali Enggan | Nikah Gantung, Nikah Khitbah | Nikah Hamil




nikah di Perlis | nikah di Pattani | pelajar kahwin lari | 8 tahun terhalang
wali yang materialistik | kisah pasangan terlanjur


Sindiket Nikah di Perlis

Berikut ialah laporan dari Berita Harian tentang seorang pegawai agama di Jabatan Agama Islam Perlis yang mengeluarkan sijil nikah dari Pattani untuk dirinya sendiri dan juga mengeluarkan sijil nikah dari Pattani untuk pasangan yang dinikahkannya di Perlis:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PegawaiJAIPsgunasijilnikahpalsu/Article
(kalau belum dipadamkan oleh Berita Harian).

Berikut ialah sebahagian dari laporan itu:

Pegawai JAIPs guna sijil nikah palsu (2012/12/29 - 04:31:29 AM)

Kangar: Seorang pegawai agama di Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) sanggup menggunakan sijil nikah palsu dari Thailand semata-mata bagi menutup perbuatan khalwat bersama kekasihnya yang juga isteri orang sejak empat tahun lalu.

Perbuatan lelaki berusia 50 tahun yang bergelar ustaz dan juga imam sebuah masjid di sini, terbongkar selepas isterinya yang mencurigai status 'perkahwinan kedua' lelaki itu terjumpa dokumen perkahwinan milik suaminya dan individu lain ketika menyelongkar kereta suspek, awal pagi Khamis minggu lalu.

Isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 43, berkata, dia kemudian membawa dokumen pernikahan berkenaan ke JAIPs untuk memastikan ketulenan status sijil nikah berkenaan dan ternyata dokumen nikah yang kononnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Patani, Thailand itu adalah palsu.

Katanya, dia mengesyaki suaminya turut menjadi ejen membekalkan sijil nikah palsu dari Thailand sejak dua tahun lalu kepada pasangan lain berikutan penemuan beberapa keping dokumen nikah milik individu lain yang disahkan JAIPs sebagai palsu dalam fail milik lelaki berkenaan.

Jangan gunakan khidmat sindiket nikah palsu. Nanti akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan nikah di Pejabat Agama. Dan nikah itu sendiri pun belum tentu sah, sebab sukar nak pastikan jurunikah itu bertauliah atau tidak.

Kalau susah untuk nikah di Malaysia mengikut cara biasa, lebih selamat pergi ke Selatan Thailand untuk nikah secara sah di pejabat Majlis Agama islam di sana. Majlis Agama islam di sana sama taraf macam Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia, dan pernikahan di sana diiktiraf oleh JAKIM.

Kalau berhajat untuk nikah di Siam, kami boleh uruskan supaya balik ke Malaysia dengan semua dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran di Malaysia.


Kisah Kahwin Lari Kahwin di Pattani

eXTReMe Tracker

Web Design & SEO Malaysia
Suka Sama Suka

Copyright © 2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.