Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Kami menyediakan pengangkutan pergi-balik bermula dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Perjalanan dari tempat tinggal ke Bukit Kayu Hitam tidak termasuk dalam khidmat kami.
Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), yang terletak dalam masjid di Jalan Klonghae, Hat Yai.
Berikut ialah contoh jadual perjalanan:
Hari Pertama
Masa
Perkara
8:30 pagi
Berjumpa di Bukit Kayu Hitam
10:00 pagi
Akad Nikah di Pejabat MAIS, Hat Yai. Seorang Naib Kadi akan menjadi jurunikah/wali hakim. Dua lagi Naib Kadi akan bertindak sebagai saksi perkahwinan.
Jangan lupa membawa kamera atau videocam. Kami akan merekodkan upacara akad nikah itu.
11:00 pagi
Terima Surat Nikah dan Surat Pengesahan Nikah dari MAIS dan pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla
12:30 tgh hari
Serahkan surat pengesahan nikah dari MAIS kepada Konsulat Malaysia.
1:00 tgh hari
Jamuan Makan Tengah Hari di sebuah Restoran Islam berdepan pantai Songkhla (percuma untuk pasangan dan sehingga dua orang pengiring)
2:00 ptg
Check-in ke hotel di Songkhla atau Hat Yai, Bersiar-siar di Songkhla/membeli-belah di Hat Yai (sekiranya pasangan ingin berbuat demikian. Kos pengangkutan adalah percuma)
4:00 ptg
Kembali ke hotel untuk bermalam di situ
Hari Kedua
12:00 th
Kami jemput dari hotel untuk makan tengah hari.
1:30 petang
Pergi ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia. Surat pengesahan ini hanya dikeluarkan jika Konsulat berpuas hati bahawa perkahwinan adalah sah. Surat Konsulat ini diperlukan dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti.
2:30 petang
Perjalanan balik ke Bukit Kayu Hitam
Khidmat selepas Pernikahan
Kami bukan agen nikah yang "lepas tangan" setelah selesai pernikahan kat Thailand. Selain membawa pasangan untuk berkahwin di Thailand, kami juga memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat untuk memudahkan proses pendaftaran pernikahan setelah kembali ke Malaysia nanti. Setakat ini, belum ada satu pun pasangan yang kami bantu yang menghadapi masalah dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia. Khidmat nasihat yang kami berikan begitu rapi sehingga belum ada satu kes pun dimana agen atau saksi diminta hadir oleh hakim untuk memberi keterangan di mahkamah syariah. Semua perbicaraan berjalan dengan cukup lancar!
Dokumen Perjalanan dan Persediaan sebelum ke Thailand
Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat di Perlis, Perak, Kedah atau Kelantan boleh memasuki Thailand menggunakan Pas Sempadan
Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat selain empat negeri diatas perlu membawa pasport dengan tempoh sah tidak kurang 6 bulan dari tarikh perjalanan ke Thailand
Dokumen perjalanan diatas diperlukan untuk melepasi imigresen Siam dan juga sebagai bukti kepada Konsulat Malaysia dan Mahkamah Syariah bahawa pasangan benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan itu
Bawa bersama kad pengenalan
Janda hendaklah membawa surat cerai atau surat kematian suami
Mengapa Pilih Khidmat Kami
Perkhidmatan yang lengkap (bukan setakat surat nikah, tapi juga surat pengesahan nikah dari Majlis Agama dan Konsulat Malaysia, semuanya pada hari yang sama)
Harga yang rendah berbanding agen nikah di Yala, Narathiwat atau Pattani untuk perkhidmatan yang lengkap sehingga mendapat surat pengesahan Konsulat Malaysia
Kami tidak meminta apa-apa deposit. Semua bayaran dibuat pada hari akad nikah
Tarikh nikah ditetapkan oleh pasangan sendiri. Notis setengah hari pun sudah cukup
Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia
Kami menyediakan makan tengah hari secara percuma kepada pasangan di restoran Islam yang berkualiti di pantai Songkhla
Kami membawa pasangan bersiar-siar dan membeli-belah di Hat Yai (jika ingin berbuat demikian) tanpa apa-apa bayaran tambahan untuk pengangkutan atau masa
Kami dapat dihubungi dengan mudah dan murah di Malaysia sepanjang masa - tak perlu membuat panggilan kos tinggi ke nombor telefon Thailand pada waktu siang atau malam
Kami akan mengembalikan sepenuhnya bayaran yang telah kami terima jika pasangan tak dapat dinikahkan atas apa-apa sebab setelah tiba di Thailand. Kalau terjadi begini, kos pengangkutan di Thailand pun kami akan tanggung