Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Nikah Siri itu apa

Nikah siri atau nikah rahsia atau pernikahan di bawah tangan adalah perkahwinan dengan ciri-ciri berikut:

Untuk mengelakkan masalah seperti di atas, pastikan nikah berlangsung di pejabat agama yang diiktiraf oleh Malaysia. Insya Allah kami boleh bantu dalam perkara ini. Dan bincangkan dulu tentang keadilan suami selepas nikah, bagi perempuan yang bercadang untuk nikah poligami.

 

Nikah Siri yang sah

Nikah siri yang sah perlu memenuhi semua syarat-syarat sah nikah seperti berikut:

  1. Ada wali yang sah. Wali yang sah adalah seperti berikut:
    • Mana-mana wali dalam urutan wali nasab, seperti ayah, ayah kepada ayah dan seterusnya.

    • Wali hakim yang dilantik oleh Pejabat Agama di tempat nikah (dalam kes nikah siri yang dirahsiakan daripada keluarga). Wali hakim cuma boleh dilantik kalau tak ada wali nasab dalam jarak 2 marhalah dari tempat nikah.

      Wali hakim juga cuma boleh dilantik oleh Pejabat Agama di mana nikah siri itu berlangsung. Kalau tempat nikah di Selangor, contohnya, wali hakim mestilah dilantik oleh JAIS, bukan oleh Pejabat Agama di Thailand atau di negeri lain. Ini untuk mematuhi syarat yang ditetapkan dalam hadith, seperti berikut:

      "Sultan menjadi wali bagi mereka yang tiada wali".

      Di Malaysia, sering berlaku nikah siri yang melibatkan warga Indonesia diwalikan oleh orang dari Indonesia yang tidak dilantik menjadi wali hakim oleh mana-mana Pejabat Agama di Malaysia dan juga bukan wali nasab kepada perempuan yang nikah. Pernikahan ini tak sah sebab wali tak sah.

      Ada juga kes pasangan yang nak nikah berada di Malaysia tapi wali berada di Thailand dan akad nikah berlangsung dalam talian. Ini pun tak sah juga sebab wali tidak dilantik di tempat nikah - tempat beradanya pasangan yang nak nikah. Pejabat Agama Thailand pun tak benarkan. Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata, mereka tak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian. Berhati-hati supaya tak terlibat dengan nikah yang tak sah.

      Cuma ada satu keadaan di mana akad nikah jarak jauh mungkin boleh diterima (ada ulama yang membolehkan dan ada ulama yang tak membolehkan), iaitu dalam keadaan pengantin perempuan ada bersama wali yang sah (wali nasab atau wali hakim) dan pengantin lelaki berada di tempat lain. Akad nikah berlangsung dalam talian, samada panggilan telefon atau video. Tapi, disebabkan ada

  2. Ada dua orang saksi nikah. Saksi adalah lelaki baligh, Islam, berfikiran waras dan memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan umtuk menjadi saksi nikah yang sah.

  3. Pengantin lelaki dan perempuan yang akan nikah siri Lelaki dan perempuan yang akan nikah hendaklah beragama Islam, dewasa dan berfikiran waras. Kalau belum Islam, perlu diislamkan dulu. Di Thailand, mualaf lelaki perlu telah khatan (bersunat).

  4. Ijab dan qabul

Cara dan alasan untuk nikah siri

Ada nikah siri yang dirahsiakan daripada kerajaan dan ada yang dirahsiakan daripada keluarga. Di antaranya ada yang sah mengikut hukum syarak dan ada yang tidak sah mengikut hukum syarak.

Pendaftaran nikah siri

Pasangan nikah siri yang sah dan ada dokumen nikah yang sah boleh mendaftarkan nikah mereka di Malaysia melalui Pejabat Agama di tempat mastautin masing-masing.

Surat pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla

Kalau nikah berlangsung di salah satu Pejabat Agama yang diiktiraf di Thailand, pastikan ada surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia di Songkhla sebelum mendaftar di Malaysia. Untuk mendapatkan surat pengesahan nikah ini, sekurang-kurangnya salah seorang yang nikah perlu pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk memohon surat pengesahan nikah. Proses untuk mendapatkan surat ini mengambil masa 3 hari bekerja. Serah dokumen kepada Konsulat pagi ini dan dapat semua dokumen petang lusa.

Tekan pautan berikut untuk maklumat lanjut tentang proses untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat

Proses pendaftaran nikah siri di Malaysia

Proses pendaftaran nikah siri di Malaysia bermula dengan kunjungan ke Pejabat Agama di tempat mastautin. Untuk pendaftaran nikah poligami, pergi ke Pejabat Agama di tempat mastautin isteri pertama. Kalau nak rahsiakan pendaftaran nikah di Malaysia, telefon atau whatsapp 010-365 8513.

Pejabat Agama akan memberikan senarai dokumen yang perlu diserahkan dan bilangan salinan dokumen yang diperlukan. Senarai dokumen dan borang yang perlu diisi boleh juga didapati melalui laman web Jabatan Agama Islam setiap negeri. Sebagai contoh, ini adalah laman web pendaftaran nikah siri luar negara di Selangor

Setelah semua borang diisi dan semua dokumen disediakan, kes akan dibawa ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah. Dalam kes poligami, isteri pertama akan dipanggil ke mahkamah.

Selepas perbicaraan dan mahkamah berpuas hati nikah itu sah, mahkamah akan keluarkan surat perintah. Bawa surat perintah ini ke Bahagian Penguatkuasa di Pejabat Agama di tempat mastautin.

Bahagian Penguatkuasa biasanya akan mengambil masa beberapa bulan untuk menyediakan kes sebelum membawa kes ke mahkamah untuk perbicaraan. Tuduhan yang boleh dikenakan terhadap pasangan yang nikah, kalau berkaitan, adalah

Hukuman yang boleh dikenakan adalah denda atau penjara atau dua-dua sekali. Hukuman ini berbeza dari negeri ke negeri. Contohnya, di Terengganu denda untuk setiap kesalahan adalah sehingga RM2,000 seorang, Di Selangor, tak lebih dari RM1,000 seorang (RM4,000 untuk kes poligami tanpa kebenaran mahkamah). Di Perlis, tak ada denda atau penjara, kecuali denda daftar lambat. Hubungi 010-365 8513 untuk daftar di Perlis.

Setelah menjalani hukuman, nikah itu boleh didaftarkan di Pejabat Agama berkenaan. Pejabat Agama akan mengeluarkan surat pengesahan nikah (bukan surat nikah yang hanya boleh dikeluarkan di Pejabat Agama tempat nikah). Surat pengesahan nikah ini mengesahkan nikah di luar negara dan boleh digunakan di Malaysia sama macam surat nikah Malaysia. Kad nikah Malaysia boleh dibuat selepas dapat surat pengesahan nikah.

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan nikah siri isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!

Senarai Halaman