Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
Setelah nikah di Yala dan mendapat pengesahan dari Majlis Agama Islam Yala, atau setelah kahwin di Narathiwat dan mendapat surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Narathiwat, atau kahwin di Songkhla dan mendapatkan pengesahan kawin dari Majlis Agama Islam Songkhla, pasangan Malaysia yang nikah di Siam perlu mendapatkan surat pengesahan kahwin dari Konsulat Malaysia di Selatan Thailand.
Surat ini adalah pengiktirafan Kerajaan Malaysia bahawa pernikahan itu adalah sah, dan ini akan memudahkan proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti.
Tidak ada konsulat Malaysia berasingan di Yala atau Narathiwat. Rakyat Malaysia yang kahwin di seluruh Selatan Thailand perlu mendapatkan surat pengesahan kawin dari Songkhla. Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di luar Songkhla harus memikirkan bagaimana untuk mendapatkan surat ini nanti, dan berapa pula kos tambahan yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.
Surat pengesahan kawin dari Konsulat Malaysia ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam di Malaysia sebagai sebahagian dari dokumen untuk pendaftaran nikah di Malaysia, supaya kes akan berjalan lancar di mahkamah rendah syariah nanti. Sekiranya surat pengesahan ini tidak disertakan dalam permohonan pendaftaran kawin, ada kemungkinan mahkamah syariah akan meminta saksi untuk hadir di mahkamah.
|
|
 Pejabat Sementara Konsulat Malaysia

Surat Pengesahan Konsulat Klik untuk gambar besar
Surat ini adalah pengiktirafan oleh Kerajaan, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia (untuk proses pendaftaran)
|