Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

Halaman Utama Nikah di Thailand

Cara Nikah dengan Warga Asing Pemegang Permit Kerja

Kerajaan Malaysia tidak membenarkan warga asing pemegang permit kerja untuk berkahwin dengan rakyat Malaysia. Tapi, masih boleh nikah, cuma tak boleh mohon surat pengesahan Konsulat dan tak boleh daftar di Malaysia sehingga tamat permit kerja. Ini mungkin jalan terbaik kalau dah terlanjur atau dah mengandung anak luar nikah. Insya Allah kami boleh bantu untuk nikah. Hubungi 010-365 8513.

Kalau nak nikah dengan warga asing pemegang permit kerja dan daftar di Malaysia, dia perlu tamatkan permit kerjanya dulu, kemudian balik ke negaranya.

Selepas itu, dia ada dua pilihan:

 

Cara Nikah di Thailand dengan Warga Asing Pemegang Permit Kerja

Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa warga asing pemegang permit kerja tak boleh berkahwin. pemegang PLKS tak boleh berkahwin dengan rakyat Malaysia

Disebabkan larangan berkahwin ini, warga asing pemegang permit kerja juga tak boleh mohon surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia di Songkhla.

Kerajaan Thailand pula telah menetapkan bahawa warga asing pemegang permit kerja "single entry" tak boleh mohon visa pelancong untuk masuk ke Thailand.

Disebabkan halangan dan larangan di atas, cara untuk nikah dengan warga asing pemegang permit kerja adalah seperti berikut:

Cara nikah dengan warga asing di Malaysia setelah tamat permit kerja

Isi borang permohonan nikah seperti biasa, untuk dapatkan kebenaran nikah dari Jabatan Agama Islam. Penuhi semua prosedur nikah dengan warga asing yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, termasuk penyediaan dokumen yang diperlukan untuk nikah dengan warga asing.

Hadiri kursus praperkahwinan dan lakukan ujian HIV.

Setelah lengkap semuanya dan dapat kebenaran nikah daripada Jabatan Agama Islam, bolehlah nikah seperti pasangan Malaysia.

Apabila dah selesai semuanya, jangan lupa untuk mohon spouse visa daripada Jabatan Imigresen.

Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan nikah di Thailand isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!