Hubungi Kami 010-365 8513 Mari ke Songkhla Bersama Kami.
Kahwin Lari - Nikah Siam - Kawin di Songkhla Paling Mudah
Proses kahwin lari dan akad nikah harus mengambil kira keperluan untuk mendaftarkan perkahwinan itu bila kembali ke Malaysia dari Thailand.
Oleh itu, nikah Siam bukan setakat akad nikah dan pengeluaran sijil, tetapi juga melibatkan pengesahan sijil oleh Majlis Agama Islam di Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama di Malaysia untuk pendaftaran perkahwinan nanti.
Ada cuma satu Konsulat Malaysia di Selatan Thailand, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang akad nikah Siam.
Jadi, mengapa kawin di Narathiwat atau Yala yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini? Tempat terbaik untuk akad nikah Siam ialah di Songkhla dimana semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima pada hari yang sama. Tak perlu menunggu berhari-hari untuk surat pengesahan. Tak perlu bermalam di Thailand. Tak perlu bayar harga yang tinggi. Dan kami boleh uruskan semuanya.
Contoh Proses Kahwin di Songkhla (bersama kami)
Contoh dimana pasangan yang ingin kawin di Siam itu berasal dari Selangor.
Pasangan ini boleh mengambil penerbangan Air Asia ke Alor Setar untuk sampai kesana dalam pukul 8:15 pagi.
Dari Alor Setar, pasangan ini akan dibawa ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam untuk pergi ke pejabat salah seorang dari 30 Naib Kadhi yang telah ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla untuk menjadi jurunikah. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang satu jam.
Pernikahan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Selesai akad, sijil dikeluarkan. Kemudian pasangan ini dibawa ke Majlis Agama Islam Songkhla di Hat Yai untuk pengesahan pernikahan itu oleh Majlis Agama Islam Songkhla. Waktu menunggu di Majlis Agama Islam Songkhla lebih kurang setengah jam.
Setelah mendapat pengesahan dari majlis Agama Islam Songkhla, pasangan ini dibawa pula ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia pula. Perjalanan dari Majlis Agama Islam Songkhla mengambil masa setengah jam. Penantian di Konsulat mungkin mengambil masa sehingga satu jam
Segala proses diatas boleh selesai sebelum tengah hari dan pasangan ini akan dibawa ke sebuah restoran Islam di Songkhla untuk makan tengah hari. Selepas itu, pasangan ini bebas untuk kembali ke Malaysia, atau bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai atau lain-lain tempat. Ada masanya, proses ini lewat sedikit, tapi masih boleh siap disebelah petang hari yang sama.
Kalau ingin pulang menaiki kapal terbang dari Alor Setar, elok ambil penerbangan MAS yang terakhir.
Keseluruhan proses, sehingga mendapat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thailand, dilakukan pada hari yang sama!