Cara Nikah Kahwin di Thailand - pastikan ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Wilayah Songkhla telah memperkenalkan prosedur nikah di Thailand yang memastikan setiap perkahwinan warga Malaysia beragama Islam yang berlangsung di Thailand adalah sah dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sendiri.
Rakyat Malaysia dibenarkan berkahwin cuma di satu tempat - di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) yang terletak di Hat Yai. Sekiranya dilangsungkan di tempat lain, MAIS tidak akan mengeluarkan surat pengesahan, dan ini akan menyukarkan pendaftaran di Malaysia nanti.
Cara Nikah di Thailand
Prosedur nikah di Thailand jauh lebih mudah berbanding Malaysia
Tidak perlu menghadiri kursus pra-perkahwinan. Tidak perlu ujian HIV. Tidak perlu turun naik Pejabat Agama untuk memohon izin berkahwin dan sebagainya.
Yang perlu, hanya pergi ke Majlis Agama Islam, dan jangan lupa membawa bersama kad pengenalan (dan pasport untuk memasuki Thailand).
Bagi seorang janda, bawa bersama surat cerai atau surat kematian suami.
Cara ke Thailand untuk Berkahwin
Ada beberapa jalan untuk ke Songkhla untuk melangsungkan pernikahan bersama kami. Diantaranya:
Ambil penerbangan ke Alor Setar diawal pagi. Kami akan jemput anda dari Lapangan Terbang Alor Setar untuk ke Wilayah Songkhla
Pandu kereta, atau naik bas ke Bukit Kayu Hitam dan kami akan sediakan pengangkutan dari situ. Ada beberapa bas setiap hari yang bergerak dari Johor Bahru sampai ke Hat Yai. Bas ni berhenti di beberapa tempat, termasuk Puduraya, dalam perjalanannya ke Bukit Kayu Hitam, Danok dan Hat Yai.
Ambil penerbangan ke Hat Yai dan kami akan jemput dari Lapangan Terbang Hat Yai.
Cara Kahwin di Siam yang salah
Sekiranya kahwin ditempat lain seperti Sadao atau Danok, MAIS tidak akan mengeluarkan surat pengesahan, dan perkahwinan itu akan sukar didaftarkan setelah kembali ke Malaysia nanti.
Ada pula kes dimana pasangan Malaysia telah ijab kabul di Perlis menggunakan khidmat jurunikah dari Siam. Dan dia juga menjadi wali pengantin perempuan. Khabarnya, pasangan ini kemudiannya telah mendapat surat nikah dari Thailand.
Ini bukan perbuatan yang bijak. Cara begini tidak sah kerana tak ada wali! Jurunikah Siam tidak mempunyai tauliah untuk menjadi wali hakim di Malaysia! Lebih baik ikut prosedur nikah di Thailand yang betul. Hubungi kami!