|
|
Wilayah Persekutuan: Soalan Lazim Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga
(Disalin dari laman web JAWI)
- Sekiranya saya warga asing bolehkah saya bernikah di sini?
Boleh sekiranya anda telah bermastautin di sini sekurang-kurangnya tiga bulan.
- Berapa lamakah proses untuk mendapatkan kebenaran nikah?
Kurang dari satu jam sekiranya dokumen diserah lengkap.
- Sekiranya saya ingin bernikah di luar Kuala Lumpur bagaimana caranya?
Semasa menghantar borang, tuliskan alamat tempat nikah anda di sana, anda akan diberi kebenaran untuk bernikah di sana.
- Sekiranya wali jauh bagaimana caranya?
Dapatkan borang pengesahan wali jauh, bawanya kepada jurunikah di mana wali tinggal dan minta wali tandatangan dihadapannya. Kemudian kepilkan dengan borang B1.
- Adakah sijil kursus pra perkahwinan diwajibkan ke atas semua pemohon?
Ya , kecuali yang disebut di bawah:
- Bagi lelaki yang berumur 45 tahun ke atas dan perempuan berumur 40 tahun dan ke atas.
- Orang Kurang Upaya (OKU).
- Warganegara asing
- Bagi yang ingin masuk islam, di mana boleh diperolehi sijil atau kad yang diperakukan sah?
Datang ke Unit Saudara Baru, JAWI atau ke mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri.
- Sekiranya saya belajar atau bekerja di luar negara contohnya England, Indonesia dan lain-lain, apa yang perlu dilakukan untuk bernikah? Adakah saya perlu dapatkan kebenaran dari JAWI terlebih dahulu?
Anda perlu bernikah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di sana terlebih dahulu. Kemudian anda melaporkan pernikahan anda di kedutaan malaysia di sana, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh kedutaan. Sejurus anda tiba di malaysia anda hendaklah mendaftarkan perkahwinan anda di JAWI dalam tempoh tidak lebih enam bulan dari tarikh anda tiba di malaysia.
- Adakah kahwin lari di Thailand sah?
Jika anda bernikah menggunakan wali hakim yang telah dilantik oleh pihak berkuasa di sana, maka pernikahan anda adalah sah. Sekiranya wali hakim tadi menikahkan anda di luar kawasannya maka pernikahan tadi tidak sah.
|
|
|