Hubungi Kami Tel: 010-365 8513 atau 017-328 5129 atau isi borang ini SEKARANG!!

AWAS!!

Setiap pernikahan di Thailand perlu menjalani perbicaraan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah di Malaysia sebelum boleh didaftarkan. Kalau ada agen yang mengatakan tak perlu perbicaraan, dia adalah wakil sindiket yang mengeluarkan surat nikah palsu!!

Dokumen yang perlu dibawa ke Pejabat Agama / Mahkamah Syariah

Bawa semua dokumen dari Thailand, IC dan pasport, sijil kursus pra-perkahwinan (untuk pernikahan pertama) dan sijil ujian HIV. Kalau ada, bawa surat kebenaran nikah di luar mukim yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama berkenaan. Sekiranya poligami, bawa surat kebenaran poligami dari mahkamah syariah (kalau ada), sijil nikah terdahulu dan salinan surat beranak anak-anak dari perkahwinan terdahulu

Prosedur Pendaftaran

Berikut adalah proses pendaftaran di Selangor.

Pergi ke Pejabat Agama. Ada borang yang perlu diisi di sana dan mereka akan minta semua salinan dokumen berkenaan. Setelah Pejabat Agama berpuas hati dengan semua dokumen itu, barulah pergi ke pejabat pendaftar mahkamah untuk mendapatkan tarikh perbicaraan. Bila selesai semua urusan mahkamah (termasuk denda, kalau ada), barulah pergi semula ke Pejabat Agama untuk pendaftaran.

SOAL-JAWAB PENDAFTARAN NIKAH DI THAILAND

  1. Bolehkah tarikh perbicaraan ditetapkan oleh pasangan yang ingin mendaftarkan perkahwinan ?

    Penetapan tarikh boleh ditentukan bersama antara pasangan dan Pejabat Pendaftar Mahkamah.

  2. Bolehkah pasangan atau agen memilih hakim ?

    Tak boleh. Tak ada siapa yang boleh menentukan hakim mana yang akan mendengar kes, melainkan Pejabat Pendaftar Mahkamah

  3. Adakah peguam diperlukan waktu perbicaraan di Mahkamah Syariah nanti ?

    Tak perlu. Tapi, kehadiran peguam syarie boleh memudahkan proses perbicaraan dan pendaftaran. Kalau memerlukan peguam, hubungi kami, tak kira di mahkamah mana kes akan dibicarakan, asalkan di Malaysia..

  4. Selepas pendaftaran nikah, adakah pasangan akan dapat surat nikah dari Malaysia ?

    Tidak. Yang akan didapati ialah surat pengesahan nikah dan kad nikah dari Pejabat Agama di Malaysia. Surat nikah cuma dikeluarkan oleh Pejabat Agama tempat nikah. Kalau inginkan surat nikah dari Malaysia, nikahlah semula di Malaysia.

    Ada sindiket yang menawarkan surat nikah dari Malaysia setelah mereka "membantu" mendaftarkan nikah. Elakkan dari tipu helah mereka. Mereka tidak akan daftarkan pernikahan itu di Pejabat Agama dan mereka cuma mengeluarkan surat nikah palsu.

  5. Saya bercadang untuk nikah di Thailand, kemudian nikah semula di Malaysia. Kalau selepas nikah di Thailand, tapi sebelum nikah di Malaysia, saya hamil, apakah status anak itu ?

    Anak itu adalah anak sah taraf. Kalau hamil sebelum nikah semula di Malaysia, daftarkanlah pernikahan di Thailand itu supaya anak itu boleh dibinkan kepada ayahnya.

  6. Saya telah pergi ke mahkamah untuk pendaftaran nikah, setelah nikah di Narathiwat. Mereka meminta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Bagaimana untuk mendapatkannya ?

    Ini adalah masalah yang sering dihadapi oleh pasangan yang nikah di Golok, Tak Bai, Narathiwat, Betong (Yala), Sateng (Yala), Pattani dan beberapa tempat lain. Pasangan yang nikah di Songkhla biasanya tak menghadapi masalah ini sebab surat Konsulat didapati sehari selepas nikah.

    Proses untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat bergantung kepada beberapa perkara, Eloklah hubungi saya, tel 010-365 8513 untuk penyelesaian. Klik link berikut untuk maklumat am tentang memohon surat pengesahan Konsulat